Tips memilih Product yang Sesuai dengan jenis Kulit Wajah

Tips memilih Product yang Sesuai dengan jenis Kulit Wajah

Sebelum membeli dan menggunakan sebarang produk kecantikan, anda kena semak jenis kulit wajah agar pemilihan yang dibuat tepat. Ada lima jenis kulit wajah iaitu normal, berminyak, kering, kombinasi dan sensitif. 

Jom kenali lima kategori ini dan produk yang macam mana sesuai untuk kulit anda…

1. Normal

Untunglah wanita yang memiliki jenis kulit ini. Kulit wajah seimbang dari segi kelembapan, ketahanan dan minyak. Tidak sukar untuk golongan berkulit normal memilih rangkaian produk yang sesuai. Kategori kulit normal adalah pilihan produk yang paling tepat.

2. Berminyak

Kulit mudah berminyak dan tumbuh jerawat. Walaupun baru beberapa jam dicuci, kulit berkilat dan berminyak. Wanita akan rasa kurang selesa, solekan pudar. Pilih pencuci muka dengan PH yang rendah agar memudahkan minyak dibuang. Anda juga boleh pilih sebarang produk yang dikategorikan untuk kulit berminyak.

3. Kering

Liang roma kulit jenis kering agak sukar dilihat selepas wajah dicuci. Kulit cenderung kering, melupas dan mudah ditumbuhi jeragat atau pigmentasi. Elakkan pencuci muka yang mengandungi alkohol. Ini membuatkan kulit wajah bertambah kering. Jangan memilih produk kecantikan yang mengandungi minyak. Pastikan selepas menggunakan penyegar, sapukan pelembap agar kulit terpelihara cantik.

4. Kombinasi

Jika sebahagian wajah berasa kering dan sensitif manakala sebahagian lain berminyak, itu lah petanda kulit anda jenis kombinasi. Biasanya kulit di Zon T berminyak manakala bahagian wajah lain cenderung kering. Elakkan pencuci wajah jenis sabun, gunakan gel pembersih yang lembut pada kulit, bilas dengan air suam. Inilah amalan terbaik untuk anda yang mempunyai kulit kombinasi.

5. Sensitif

Golongan berkulit sensitif sering mengalami iritasi. Kulit juga selalunya gatal dan berasa tegang apabila menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Ada juga yang mengalami alahan kulit yang teruk. Elakkan produk penjagaan wajah terutama pencuci yang mempunyai pewangi, bahan kimia yang boleh merengsakan kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge