TIPS URUS MASA BEKERJA DARI RUMAH

TIPS URUS MASA BEKERJA DARI RUMAH

# TIPS 1 : Bangun awal dari anak anak

anak anak saya akan bangun jam 6.30 – 7 pagi. Jadi saya kena bangun min sejam lagi awal dari mereka.

ala susah la nak bangun awal…

Kenapa bulan Ramadan kita boleh bangun seawal 4 pagi untuk masak sahur? sebab kita dah set mind kita kena bangun awal masak sahur kalau tak terlepas sahur..

Jadi kita sudah berlatih 30 hari maka teruskan untuk hari hari berikutnya..

Bila anak anak dah bangun boleh la kita layan mereka pulak.

# TIPS 2 : To Do List

Sebelum tidur atau selepas bangun bagi, kita buat TO DO LIST

Apa itu TO DO LIST?

Senaraikan apa yang kita nak buat sepanjang hari tersebut. Tak kira sama ada mahu basuh baju, sidai baju , pergi ke pasar beli ikan, sayur, mahu tulis blog mengenai apa…

Senaraikan…

nampak mudah dan ramai yang ambil mudah hal ini

Namun, benda yang mudah ini la mampu membantu kita dalam menguruskan business & rumahtangga dengan baik

sudah buat to do list anda hari ini? kalau belum DO IT NOW !!


# TIPS 3 : SOHO

SOHO adalah small office home office atau bahasa biasa kita katakan office di rumah

samaada kita bekerja di rumah sepenuh masa atau secara sambilan, kita perlu ada tempat khas untuk diri kita melakukan kerja kerja berkaitan business

Hiaskan ruangan soho anda dengan kata kata motivasi, vision board bagi meningkatkan semangat anda

Ruang soho penting untuk kita focus pada kerja dan beritahu anak anak ini ruang mama bekerja. insyaALLAH anak anak akan faham.

Anda boleh juga sediakan 1 ruang disebab soho anda ruang untuk anak anak bermain.

tidak perlu meja, kerusi yang mahal. cukup sekadar ianya selesa dan boleh membantu anda bekerja dengan efficient.

~AinulMustafa~
catatan ibu bekerja dari rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge