Tolong !! nak Tips Cerai Susu / wean off Dengan Mudah

Tolong !! nak Tips Cerai Susu / wean off Dengan Mudah
2 tahun dah budak kecik ni. kenapa la kejap sangat rasanya. terasa lagi sakit nyer nak beranak. tup tup dah 2 tahun Ariana Maryam. Alhamdulillah lengkap 2 tahun penyusuan susu ibu untuk Maryam. kini masanya untuk wean off pulak. sebenanrnya dari Arreessa , Ainul tak pernah berjaya wean off. dan sebab itu Arreessa menyusu sehingga 3 tahun 6 bulan. 

ni antara tips yang Ainul baca dari blog ni... meh kita cuba kot kota la berjaya

Tips 1 Ceraikan susu/wean off

Memberitahu anak beberapa hari sebelum kita benar-benar ingin menghentikan penyusuan dan terangkan kenapa anda terpaksa mengambil keputusan tersebut.


Tapi, wajib beritahu yang kita sangat sayangkannya dan banyakkan sentuhan dengan anak. Lakukan tips ini berulang-ulang beberapa kali setiap hari dalam tempoh yang dipilih. Ini adalah untuk menyediakan mental emosi anak (dan juga ibu). Bukannya senang nak bercerai susu, kan?
Tips 2 Ceraikan susu/wean off

Ajak anak membeli sippy cup/cawan/botol air. Berikan dia peluang memilih apa saja yang digemarinya. Ini untuk menggalakkannya minum sendiri menggunakan cawan/botol air tersebut. Tak perlu kenalkan dengan botol susu!


Tips 3 Ceraikan susu/wean off

Hanya berikan susu ibu bila anak minta. Jangan offer. Dalam masa yang sama, berikan real food yang berkhasiat dan mengenyangkan pada setiap waktu makan dan juga snack time.


Tips 4 Ceraikan susu/wean off

Bagi yang dah berumur melebihi setahun dan tidak mempunyalai alahan kepada susu mahupun lactose intolerance, dah boleh mula kenalkan fresh milk yang dituang ke DALAM CAWAN ; bukan sebagai makanan utama atau pengganti kepada susu ibu, tapi sebagai sebahagian daripada makanan harian.


Kalau anak menolak rasanya, boleh pelbagaikan penyediaan. Contohnya blend fresh milk bersama sedikit buah-buahan (strawberi, pisang dll). Susu kambing segar juga sangat bagus kalau mampu mendapatkannya. Elakkan susu tepung yang mengandungi gula yang tinggi serta non-dairy creamer, tak kisahlah jika ia berlabel “makanan sunnah” sekalipun. Kena check label tau!

Tips 5 Ceraikan susu/wean off

Pilih hari yang sesuai dan tidak sibuk dengan urusan penting lain supaya ibu dapat fokus pada anak. Hujung minggu atau hari cuti mungkin paling sesuai terutama bagi ibu-ibu yang bekerja.

Tips 6 Ceraikan susu/wean off

Bila tiba harinya, tidak offer dan tidak menerima permintaan untuk menyusu. Sebaliknya, banyakkan memujuk dan menerangkan dengan lembut, beritahu kita sayangkannya, peluk dan usap anak dengan penuh kasih sayang dan cuba alih perhatian dengan aktiviti lain yang anak suka. (Kalau ada suami atau ahli keluarga lain, boleh minta beliau ambil alih melayan anak bila kita dah mula rasa letih.)

Tips 7 Ceraikan susu/wean off

Pastikan anak makan dengan kenyang, terutama makan malam. Jadi takdelah anak bangun malam-malam nak mengempeng, kan?
Sebelum tidur boleh siapkan sebotol air kosong di tepi katil untuk anak minum jika dia terjaga pada waktu malam.

Boleh dikatakan, once anak dah berjaya tidur tanpa menyusu (mengempeng), misi bercerai susu akan lebih mudah tercapai, insyaAllah.

Menarik sungguh Tips tips ni.InsyaALLAH akan cuba jaya nanti. apapun Ainul memilih untuk tidak memperkenalkan susu formula pada maryam. Ainul lebih suka fresh milk. kandungan gula pun rendah. setakat ni Maryam sangat suka fresh milk. mungkin kena cari sippy cup/ botol air yang comel comel untuk dia
semoga dipermudahkan urusan cerai susu ni. sedih jugak sebenarnya tapi maryam dah cukup besar dan tak perlu lagi bergantung pada susu ibu kan..

2 thoughts on “Tolong !! nak Tips Cerai Susu / wean off Dengan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge