Traveloka : Cara Guna Untuk Tempah Tiket Dengan Mudah

Traveloka : Cara Guna Untuk Tempah Tiket Dengan Mudah

” Oh! Oh! Oh! pergi Bali.. Oh! Oh! Oh! pergi Korea.. Jadi Senang ” Siapa suka lagu ni? hihi kegemaran anak anak Ainul. Dengar je lagu ni semua pun dah tahu Traveloka. Siapa yang suka travel mesti biasa guna website ni kan. Membantu kita dalam membuat tempahan kapal terbang dan hotel . Kalau nak melancong dalam negara pun boleh untuk tempah hotel. Ainul nak kongsi pengalaman guna website Traveloka untuk tempah tiket ke Brunei

Cara Tempah tiket penerbangan

 

Step 1 : Masuk ke website Traveloka 

 

traveloka

 

Step 2 : Pilih destinasi, Bila nak pergi balik dan berapa orang. Dan juga pilih nak duduk 1st class ke economi ke. Kalau korang perlukan hotel, klik kat hotel tu tau

 

traveloka

Step 3:  Pilih penerbangan mana yang sesuai dengan masa dan budget masing masing. Ainul pernah ke Brunei naik Air Asia & Royal Brunei. Jadi kali ni kita cuba naik MAS pulak. Check betul betul tau terutama untuk masa tu. Pastikan kita sampai airport check in at least 3 jam sebelum.

 

 

Step 4: Dah pilih penerbangan dan masa yang kita suka, boleh teruskan ke step seterusnya.

 

 

Step 5: Isilah semua info yang diperlukan. Check betul betul info yang kita masukkan.

 

Nanti korang akan dapat email dari taveloka untuk info details penerbangan. Booking ID dan semua info yang diperlukan.

 

Bila tiba hai penerbangan, bawa je email tu tunjuk di kaunter untuk check in.  Ainul guna MAS jadi bawa ke kaunter MAS tunjuk email. Settle dan check in masuk … Senang je kan.

 

Cara Tempah Hotel

1.  Sama macam nak tempah tiket penerbangan, kita kena la masukkan bila tarikh kita nak check in dan check out. Berapa ramai dan berapa bilik yang kita nak tempah

Nanti akan dipaparkan list hotel hotel dari 1 bintang ke 5 bintang di destinasi yang kita pilih

 

 

 

 

2. Menarik di sini, kita boleh pilih nak duduk di hotel berapa bintang, range harga ikut budget kita. Sangat penting di bahagian Price Per Night supaya kita tidak la terlebih budget nanti. yang penting selesa dan masih dalam budget kita.

 

 

3.  Kita juga boleh memilih fasiliti yang kita nak. Mungkin ada yang suka duduk di hotel ada swimming pool. Ini antara yang wajib bagi anak anak Ainul bila stay di hotel. Jadi kita boleh asingkan siap siap mana hotel yang ada swimming pool je kita pilih.

dan perkhidmatan Wifi. Macam Ainul bekerja sendiri business online. jadi Wifi sangat la penting. Bila ada wifi order business pun still berjalan walaupun duduk di luar negara. Semua di hujung jari kan.

Kita boleh pilih apa keperluan yang kita mahukan. Setiap kita keperluan tak sama kan.

 

 

4. Ainul suka bila hotel yang kita ada peta sekali. Bila travel ke tempat orang bukan semua kawasan kita tahu. Peta kawasan hotel yang bakal kita tinggal sangat membantu. bila kita dah tahu dimana kawasan hotel , jadi lebih mudah untuk kita plan apa aktiviti, tempat menarik yang kita boleh lawati.

Tidak la kita tempah hotel rupanya terlalu jauh dari tempat pelancongan. Kawasan yang susah nak dapat perkhidmatan kenderaan awam.

 

5. Bila semua sudah berkenan, boleh la terus proses tempahan.

 

FLY & WIN Ke KOREA 6 Hari 5 Malam.. WOW !!

 

Sempena CNY 2018 ni, Traveloka telah menganjurkan 1 game yang best dan lagi best sebab menang jadi yang sangat best. Hadiah pertama dapat bercuti ke Korea 6 Hari 5 Malam tau

 

CNY 2018 Contest ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Tempoh peraduan berlangsung dari 22 Januari 2018 sehingga 28 Februari 2018.

Contest ini mudah sahaja, anda perlu ikuti langkah-langkah berikut :

1. Buka aplikasi contest di Contest CNY 2018
2. Baca arahan permainan dan mula bermain

 

3. Tekan anak panah untuk bermula

4. Sentuh skrin telefon anda agar burung boleh terbang untuk memulakan permainan. Senang je game ni tapi mencabar. Jadi berusaha la je. Untuk dapat point paling terbanyak. Jangan risau sebab game ni boleh main banyak kali. Tak puas hati dengan point yang korang dapat boleh main lagi dan lagi sampai puas hati.

 

5. Kumpul seberapa banyak Traveloka Ang Pows untuk mendapatkan points

 

Menangi Percutian Ke Luar Negara Bersama Traveloka Fly & Win CNY 2018 Contest

Tiga ( 3 ) pemenang utama dengan skor paling tinggi akan menerima hadiah Cabaran Traveloka Fly & Win CNY iaitu :

a ) Pemenang Hadiah Utama – percutian selama 6 Hari 5 Malam ke Seoul, Korea ( penerbangan dan penginapan sahaja ) untuk 2 orang.

b ) 1st Runner Up akan memenangi hadiah percutian selama 5 Hari 4 Malam di Phuket ( penerbangan dan penginapan sahaja ) untuk 2 orang.

c ) Runner 2 akan memenangi percutian 4 hari 3 Malam di Langkawi ( penerbangan dan penginapan ) untuk 2 orang.

Serta hadiah sampingan untuk berkongsi Cabaran Traveloka Fly & Win CNY di Facebook :

a ) Dua ( 2 ) baucer Traveloka bernilai RM1000. Hanya ada 2 pemenang sahaja dimana setiap pemenang akan memenangi baucer Travel ( 1 ) RM1000 Traveloka.

Bestnya kalau menang ke Korea… Terbayang bayang honeymoon di Korea sambil pakai Hanbok pakaian tradisi  Korea , makan makanan Korea yang sedap macam Kimchi, Bibimbap . banyak makanan Korea yang sedap. Teruja kan.

Jadi jom sertai game yang mudah ini. main dan Menang. Mana tahu rezeki anda semua menang hadiah best ni . cara nak menang contest ni sangat la mudah.

Semoga Chinese New Year Tahun ini menjadi ceria bila menang hadiah best ini. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge