Weekend yang busy

Weekend yang busy

Sejak jadi working at home mom ni sabtu ahad mesti penuh. Bukan penuh dengan jemputan kenduri atau berjalan shooping di mall tetapi penuh dengan kelas ilmu , berjumpa anak-anak shaklee. Sabtu Ahad lepas pun penuh. Ada je benda nak buat. pagi sampai malam. Tengok hindustan di hari sabtu? Tiada lagi dalam kamus hidup saya. huhuuhuuu

Hari sabtu pertama kali free dengan aktiviti luaran. Jadi kami suami isteri ambil keputusan untuk menjalankan MISI SUSUNATUR DAPUR dan SOHO . 5tahun kawen, 4tahun duduk rumah ni. ini la kali pertama susunatur besar besaran dilakukan. Hahaa nampak sangat la pemalas kan. Nasib badan 🙁

Petang sabtu pulak husband hantar abang ipar ke Kompleks Tabung Haji di kelana Jaya. tahniah abang ipar yang akan mengerjakan haji. Muda-muda lagi dapat rezeki buat haji. Minta doakan semoga kami juga turut dapat ke sana suatu hari nanti.

Hari ahad pulak hari sibuk sedunia. Dari pagi sampai ke malam jadual penuh. Kesian anak-anak ikut mama ke mana-mana termasuk ke kelas. Janji korang ada depan mata mama. So far kelas shaklee yang mama bawa mesra kanak-kanak. Arreessa pun suka sebab dapat jumpa kawan-kawan. Bukan emak je dapat ilmu. anak-anak pun dapat kawan-kawan baru

Pagi kami ke kelas Hj Roslan. Dekat Shah Alam juga.Jadi sempat la uruskan hal rumah. 

Orang lama dalam dunia shaklee.  Sudah 20 tahun lebih dalam biz shaklee.
Lepas je kelas di Shah Alam, kami bergegas ke Seri Petaling pulak. Kelas oleh Kak N. Lama Kak N tak buat kelas. Sangat rindukan kata-kata semangat dari dia
Dimana ada kelas disitu ada kami, The supermomsisters yang selalu support saya saat suka duka.
Geng Supermom yang turut hadir menggali lagi ilmu. Seminar yang sangat best. Banyak iput, ilmu baru bagi saya. Semoga kami lebih bersemangat lagi lepas ni…caiyokkk
Seminar habis jam 6 petang. Tapi lepas tu acara biasa iaitu makan makan. balik rumah semua kepenatan. Tapi berbaloi dengan ilmu. Penuhi hujung minggu dengan sesuatu yang berguna. InsyaALLAH akan bantu lebih ramai lagi wanita diluar sana. Membantu mereka bekerja dari rumah tapi pada masa yang sama menjana pendapatan 5 angka 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge