Yeah!!!! dapat jugak tengok Ombak Rindu

Yeah!!!! dapat jugak tengok Ombak Rindu
source from Google 🙂

Semalam En Hubby sudi teman Ainul tengok Ombak Rindu kat TGV Bukit Raja..Tq sayang..hehhehehe..

Overall cite tu ok la..takde la BEST GILERRRR.. banyak yang tak kemas dalam cite tu. Ainul bukan la pakar dalam bidang perfileman tapi hobby tengok movie.tak kira la cite Thailand, korea, Tamil, Hindustan, Melayu, Omputih sume Ainul layannn.. Tapi cerita Ombak Rindu ni terlalu obius kesilapannya..huhuhu

Kesilapan dalam Ombak Rindu :-

1. Paling ketara babak terakhir dimana Izzah dgn Mila dekat sawah padi. Bila Izzah bangun nampak satu alat kt belakang dia.Mic kot..sebab baju izzah nipis.Itu sangat obius okey..masa edit takkan tak nampak kot??

2. part Izzah tgh tgk TV. tetiba nanges sbb dpt tau Haris kena kawen dgn Mila.Macammana dia tau Mila tu awek Haris?? kat TV tu tak tunjuk pun wartawan interview & tunjuk muka Haris. Pastu tetiba gak tv senyap..Buat la wartawan tanya mila & tunjuk gambar Haris.Pastu Izzah terkejut.Baru la nanges.Izzah sedih sangat & terus ambik remote tutup TV..

3. Part TV tu pun obius TV tipu..tak tau nak explain mcmmana la..tgk sendiri.

4. Ada dialog yang tetiba terbantut.mcm kena potong separuh jalan.Dialong tak abis..

5.Watak Lisa tak best & mcm tak kena..Maaf ye kepada peminat Lisa. Rasanya kalau letak Wan Sharmila lagi best kottt…

6. Tempat dlm cite ni mcm merata2.jap KL, cameron, Langkawi. Takkan opis kt KL, umah Langkawi.Mcm tak logik.Rasanya dlm novel kt KL jeeee..

7. Maya karin pakai tudung buruk sgt. Rasa org kampung takde la pakai tudung pelik mcmtu..mcm Nur Amina dlm Nur Kasih org kampung gak tp pakai tudung cantik jee.

8. Banyak adegan 18SX..sila jgn bw anak anda 🙂

Yang BEST dalam OMBAK RINDU

1. Maya mengaji sedap. Alhamdulillah.Harap selalu la baca Al-Quran 🙂

2. Venue yg cantik.Rumah Izzah yang Haris bagi SANGATTT cantikkk…

3.Maya pandai berlakon dalam cite ni.Lain dengan cite dia sebelum ni..

4. Aaron sangat handsome.Romantisss..

5. Background music sangat menyentuh hati..hehehhe

Maaf kepada yang terasa hati ye. Ini adalah pendapat ainul sahaja. Ainul tahu bukan senang nak buat 1 filem kan. Apapun tahniah kepada semua pembikin filem Ombak Rindu sebab berjaya membawa novel feberet Ainul ke layar panggung..

* lepas ni harap ada yg sudi buat filem or drama Novel ” Bila Sena kembali Berbunga” *

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge