Cuti-Cuti Malaysia : Kuching -Jong Crocodile Farm

Hari pertama di bumi kenyalang.. Segar dan tenang je. Tapi kat sana Subuh awal. pukul 8pagi tu dah rasa macam pukul 10pagi. Teringat masa p Sabah dulu. Jadi kena bangun awal untuk solat subuh ye 🙂

Destinasi kami adalah ke Jong Crocodile Farm.Tempat dimana boleh tengok si bujang senang. Jong Crocodile Farm ni terletak di Serian lebih kurang 20-30minit dari bandar Kuching. Jong Crocodile Farm ni antara pusat pembelaan dan pembiakan buaya terbesar di Sarawak. Macam-macam jenis, bentuk dan saiz yang kita boleh tengok. Muzium pun ada tau. Dipamerkan rangka bujang senang yang pernah telan remaja berumur 17tahun suatu ketika dahulu. Serius memang besar rangka tu

Kami di Jong Crocodile Farm. Tengok gambar kat belakang..Tengok itu pun dah takut.hehehe..Pertama kali travel bersama Snuggbaby. Saya suka saya suka 🙂
terdapat juga kolam ikan Arowana. Ikan dia mak aiii besar giler. Tertiba teringat ikan besar dalam cerita Journey to the west.hehehe.. nak bagi makan pun boleh. Makanan ikan boleh beli kat kedai kat situ.
Jom tengok buaya.. Duduk jauh-jauh takut. Padahal ada pagar.Tapi takut jugak. Kami sampai dalam 12.15pg.Sedikit lewat sebab pukul 11pagi boleh tengok buaya makan.tak pun pukul 3 petang.So pastikan korang datang time tu ye. Best sikit tengok encik bujang senang melantak.

Abaikan buaya darat itew.hihiihhi

Nampak tak beberapa ekor buaya senang tidur kekenyangan. Besarkan. Itu pun ada lagi yang lagi besar.

dua orang gadis tengok dari jauh je.Takutt punya pasal.

Penat berjalan dan gendong cik tuan puteri, kita basahkan dulu anak tekak. Ada kedai dalam tu. Jangan risau ok. Mari kita melantak aiskerim.Yummy!!.. Arreessa tengok je mama makan. Budak kecik tak boleh makan aiskerim.Ahaks…

Jom layan Vlog kami di sana….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge