Dorm Melati Filem Seram Best 2017

Siapa suka tengok filem seram angkat tangan? Ainul suka tau. Walaupun penakut tapi suka sangat tengok. Tang hantu je pekup muka dengan tangan..hihihi

Semalam berpeluang ke Malam Gala Pelancaran Filem terbitan Metrowealth Pictures untuk 2017 iaitu Dorm Melati. Dorm Melati ni adalah berdasarkan kisah benar tau.

Kalau baca katanya Melati ini membunuh dirinya sendiri dengan memotong urat nadi di pergelangan tangannya dan bersembunyi di dalam almari agar tiada sesiapa mengetahuinya…

Dorm Melati arahan Eyra Rahman dan lakonan pelakon hebat Aedy Ashraf, Ardell Ardyana, Julia Marin, Adam Shahz, Syaa Nasir, Aizat Hassan, Ikmal Amry, Zakaria Zahid, Amreen Shukry dan Ghazdan bersama pelakon berpengalaman antaranya Nadia Aqilah, Sabrina Ali dan Azman Hassan,

Sinopsis Filem Dorm Melati

Adam membawa empat orang rakannya iaitu Zafirah, Eddy, Carol dan Raihana ke sebuah kem bernama Dorm Melati. Tujuan sebenar Adam adalah untuk melihat sendiri roh Melati yang dikatakan banyak menggangu pengunjung yang datang ke Dorm Melati.

Review Ainul selepas malam pratonton

Cerita seram yang memang seram dan banyak sangat scene yang membuatkan jantung berdengup laju. jadi korang kena bersiap sedia sebab hantu Melati ni keluar mengejut tau. Mau luruh jantung akak..
Lakonan Julia Marin sebagai Melati memang terbaik. Menjadi la lakonannya sebagi hantu. Kisah silamnya yang sedih, kisah hantunya yang menakut , memeranjatkan. 
Lakonan pelakon lain semua hebat. Memang terbaik la. Selalunya pelakon kalau tak berapa pandai sangat belakon , cite seram pun tak jadi berapa seram. Kali ni pelakon filem ni memang pandai berlakon. Bayangkan si Carol lakonan Syaa Nasir sebagai seorang yang penakut, Ainul pun bertambah takut. terutama babak keluar dari toilet. Kuss semangat weiii
Sebagai kudapan, jom layan trailer dulu okey. Ni baru sikit tau. 
Nak tahu apa yang terjadi pada Melati tu.. betul ke dia tu hantu atau ilussi budak budak ni aje.. Hah nak tahu , nak merasai getaran kelajuan jantung korang sila la ke pawangan berdekatan esok 12 jan 2017 ye. Pastikan anda kuat semangat. kalau penakut sangat ajak kengkawan 1 kampung datang tengok sekali

2 Replies to “Dorm Melati Filem Seram Best 2017”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge