Finishing School Trip… Part 2

Kembali bersiaran dari rumah tercinta Sec 8 Shah Alam…hehehe

Percutian bermula ke Langkawi. Sudah lama tak menjejakkan kaki ke sana. Last rasanya masa study kat Matriculation. Pergi dengan family. Kali ini pun pergi dengan family yang bezanya bersama suami dan anak tercinta 🙂

Perjalanan dari Jitra ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 1 jam je. Pagi-pagi lepas sarapan terus gerak. Bukan apa taknak lewat sangat sampai ke sana….

Lihat ahli rombongan di dalam Feri

Pertama kali Arreessa naik feri. Nasib baik dia ok.tak takut. Siap berjalan-jalan dalam feri. Bosan kan..Perjalanan mengambil masa 1 jam setengah..
kemain suka bila nampak air.. ” air!!! air!!!
Pasangan baru kahwin 🙂
Tension makcik belakang tu dengan kesengalan kitaorg….
Akhirnya sampai jua ke pulau Mahsuri. Tepat pada jam 12 tengah hari.. Kereta pun sudah dibooking. Ainul ambik Avanza. Yelah untuk muatkan 6 orang dewasa.. Harga pun sangat MURAHHH.. ini la untung pergi bercuti time bukan cuti sekolah. Boleh nego sakan la 🙂
Ketua rombongan ambik kunci kereta 🙂
Kereta sudah dapat..so apa lagi terus la terjah hotel. Sekali ada cerita sedih pasal hotel. Apa dia? Biar la rahsia. Malas nak ingat balik. Kelakar pun ada. Ini la orang yang dah lama tak ke sana 🙂
Perut dah menari zapin dah.. Kita makan dulu!!!!
Layannnnn..
Restoran ini dekat area airport. Sedap juga makanan dia. Maaf makanan lupa nak snap sebab lapar sangat. Ampunnn!!
Lepas je makan terus pergi hotel. Check in , baring, golek-golek atas katil jap dan solat. Lepas je solat terus ke cable car.. Harus ke sana kalau ke langkawi. Rugi kalau tak pergi.. Oh , ya hotel kami di area pantai cenang. Husband hendak hotel dekat pandai. Hah memang dekat la sangat. Buka je pintu dah nampak pantai..
Di area cable car, tetiba datang seorang budak mat salleh tegur Arreessa. Mesti dia ingat geng dia. Rambut kan sama.. 
Pandai Arreessa tegur kakak 🙂
Masa untuk naik cable car…yahooo!!! mama arreessa dah tergedik gedik nak naik…
kanak-kanak riang menaiki kereta cable..
Masuk je cable car,Arreessa MENJERITTTTTTTTTTT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! …. Ayokkkkkkkkkk
Buat-buat senyummmm
Menangis beria Arreessa time ni. Tapi mama babah buat-buat cool sebab nak ambik gambo kann
dah macam-macam aksi & macam-macam cara pujuk tapi GAGAL 🙁
Pemandangan dari station 1
Dimana Arreessa dan Ainul ?????
Babah ada jeee
Mereka pun ada…
tadaaaaaaaa……………
Lihat bangunan kat belakang tu?? itu adalah surau. Ainul terpaksa bawa Arreessake dalam surau. nak redakan dia balik. Arreessa terlalu takut sampai taknak keluar dari surau.Adusss jenuh memujuk.kasi susu pun taknak..
pemandangan Station berikutnya dari station 1. Berangan je la nak naik.huhu
Ainul teringin nak pergi sini…
Apa kan daya..Anak lagi penting 🙁
Akhirnya..
dia kembali ceria:)
Tapi masih takuttt
Dan kami terpaksa la turun semula. Tak dapat la ke station seterusnya. Kesian Arreessa 🙂
Nak turun pun nanges lagi..fuhhh
Berjaya pujuk bila nampak itik kat taman area cable car tu..
Aktiviti seterusnya..
Berjalan pulang ke hotel dan mahu mandi pantai 🙂
budak yang takut tinggi tapi tak takut air..
sexy tak saya???
Pantai Cenang di waktu matahari nak terbenam 
Babah & Arreessa
Rombongan sekolah akan kembali dengan kisah island hopping pulak. Stay tuned 🙂

One Reply to “Finishing School Trip… Part 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge