Hari Penghargaan Lembaga Zakat Selangor ( LZS)

Rabu lepas Ainul berpeluang ke Hari Penghargaan Lembaga Zakat Selangor ( LZS) untuk meraikan company, individu yang banyak mengeluarkan zakat peniagaan, pendapatan yang membuat bayaran zakat melalui potongan gaji di LZS

Majlis ini dirasmikan oleh Mufti Negeri Selangor, Dato’ Setia Mohd Tamyes Abdul Wahid dan di majlis ini portal ejen kutipan telah dilancarkan.

Portal Ejen yang dibangunkan ini merangkumi penggunaan kaedah pengiraan zakat, urusan transaksi pembayaran zakat, melihat dan mengemas kini rekod pengeluar zakat dan mengemas kini maklumat ejen zakat. Ia bersifat mobiliti yang mudah diakses di mana-mana lokasi ejen kutipan tersebut berada.

hari penghargaan ini turt meraikan  ejen kutipan , amil yang cemerlang dalam menjayakan kutipan zakat tahun lepas. Besar tanggung jawab tu nak berdakwah menyedarkan orang ramai kepentingan berzakat

Sebanyak enam anugerah membabitkan 13 kategori dan empat anugerah khas disampaikan dalam majlis tersebut.

Sementara itu, LZS turut menyampaikan bantuan zakat kepada individu dan organisasi dengan jumlah agihan zakat keseluruhan sebanyak RM2,176,497.80. Penerima individu ialah Siti Hamimah Bakiri yang menerima bantuan pembinaan rumah baru bernilai RM51,000 dan Sakinah Ghulam Hussain yang menerima bantuan modal perniagaan berjumlah RM27,000.

Dua individu lagi menerima bantuan perubatan iaitu Sharin Abdul Rahman berjumlah RM60,000 untuk dua orang anaknya yang menghidap penyakit genetik dikenali sebagai ‘Syndrome Hunter’ dan Mohd Fauzi Yahya yang menerima bantuan perubatan untuk anaknya berjumlah RM38,497.80.

Manakala Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS) menerima sumbangan zakat sebanyak RM2 juta bagi Program Sekolah Angkat (PROSA) yang akan disalurkan kepada 146 buah sekolah di seluruh Selangor.

Ia merupakan program bersama antara LZS dan JPS dengan menfokuskan kepada anak-anak asnaf fakir dan miskin melalui pelbagai aktiviti seperti kelas tambahan, kursus motivasi, kem sahsiah diri dan sebagainya yang dijalankan melalui suntikan bantuan zakat tersebut.

Pemenang anugerah di majlis penghargaan LZS 


SENARAI PENERIMA ANUGERAH BERSEMPENA MAJLIS ANUGERAH LZS 2015


Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik 2015 (Kategori Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik 2015 (Kategori Ejen Perunding)
AS-SALIHIN TRUSTEE BERHAD

Anugerah Prestasi Kutipan Terbaik 2015 (Kategori Ejen Kemudahan Bayaran)
AFFIN ISLAMIC BANK BERHAD

Anugerah Prestasi Komitmen & Pengurusan Terbaik 2015 (Kategori Penolong Amil Institusi Pengajian Tinggi)
UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

Anugerah Prestasi Komitmen & Pengurusan Terbaik 2015 (Kategori Ejen Perunding)
SALMIZAH BINTI MOKHTAR

Anugerah Prestasi Komitmen & Pengurusan Terbaik 2015 (Kategori Ejen Kemudahan Bayaran)
MYEG SERVICES SDN BHD

Anugerah Penolong Amil Fitrah Terbaik 2015
MUHAMAD HAIROL ANUAR BIN MOHAMAD RASID

Anugerah Penolong Amil Padi Terbaik 2015
KHAIRUDDIN BIN AHMAD

Anugerah Pengurusan Zakat Melalui Potongan Gaji Terbaik 2015 (Kategori Kerajaan) PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR

Anugerah Pengurusan Zakat Melalui Potongan Gaji Terbaik 2015 (Kategori Badan Berkanun)
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

Anugerah Pengurusan Zakat Melalui Potongan Gaji Terbaik 2015 (Kategori Swasta)
NATIONAL AEROSPACE AND DEFENCE INDUSTRIES BERHAD

Anugerah Pencapaian Zakat Perniagaan Terbaik 2015 (Kategori Pengeluar Zakat Perniagaan)
PROGRESSIVE IMPACT TECHNOLOGY SDN BHD

Anugerah Pengurusan Zakat Perniagaan Terbaik 2015 (Kategori Pengeluar Zakat Perniagaan)
KUMPULAN EMKAY/ MKLAND

ANUGERAH KHAS


Anugerah Muhammad Al-Fateh (Transformasi)
HAMZAH BIN ALI

Anugerah Muaz bin Jabal (Ejen Kutipan)
MAZLIN BIN ABD MANAFF

Anugerah Abdul Rahman bin Auf (Perniagaan)
WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD

Anugerah Umar Abdul Aziz (Potongan Gaji)
PETROLIAM NASIONAL BERHAD

Antara contoh asnaf yang berjaya. LZS membuka peluang untuk kita dapatkan modal pertama untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Jadi sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin.
Masa majlis ini, sangat clear ke mana perginya duit zakat kita. contohnya LZS turut membantu mangsa magsa banjir di Kelantan bina rumah untuk mereka. 
Rasa bersemangat lagi nak bayar zakat. Zakat wajib tau. 2.5% je setahun atau 1/40 dari pendapatan setahun. Kalau taknak beban sangat bayar bulan bulan. Tolak siap siap gaji tu. Tak banyak mana pun.
Katakan gaji korang RM3000, 2.5% = RM75 sebulan je. kalau bagi lebih lagi bagus. 
Sebab itu Islam galakkan kita jadi orang islam yang kaya, berjaya. Untuk apa? Supaya kita boleh memberi.. beri zakat yang banyak. best tak? ramai orang islam lain sangat memerlukan. Dalam gaji kita ada hak orang lain juga. Zakat dapat membangunkan ekonomi ummah.
untuk maklumat lanjut pasal zakat sila ke 

One Reply to “Hari Penghargaan Lembaga Zakat Selangor ( LZS)”

  1. Zakat ini wajib, lepas ini kena pergi juga lembaga zakat ini. Sebab boleh dapat potongan LHDN juga dengan resit yang ada, kalau keluarkan sendiri urus sendiri, tk ada resit ssh untuk urusan lain. Dan terima kasih , melalui lembaga zakat, dah jelas kemana hala tuju duit tu sebenarnya. Tq kak ainul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge