Iklan Hari Raya 2016 Paling Best Dan Menyentuh hati

Alhamdulillah sudah masuk 10 malam terakhir Ramadan. Kejap je masa berlalu kan. 10 malam terakhir ni jangan lupa lipat gandakan amalan kita ye . #ingatanpadadirisendiri
Bila dah makin hampir syawal, dah mula banyak iklan iklan Hari Raya. Macam biasa iklan raya yang paling kita tunggu selalunya dari Petronas, TNB, TM.  iklan raya TNB, TM dah keluar. Petronas belum nampak lagi. 
Bila tertengok iklan Raya TM ni.. wow!! lain dari lain. Penuh dengan mesej. Buatkan Ainul pun pikir banyak kali. Banyak nya kita ni membazir tanpa kita pikir ada ramai di luar sana lebih memerlukan. 
Sebelum ulas banyak, meh kita tengok dulu video nya
Buffet Ramadan biasa la kan bulan puasa ni tapi makanan yang tak habis apa diaorang buat atau kita buat? buang? 
Banyak la mesej iklan ni kepda kita. sama juga raya nanti. masak banyak lepas tu makan sikit je. nafsu nak makan itu ini macam macam. 
Korang nak tahu tak iklan Hari Raya 2016 paling kelakar? nanti Ainul share. ke korang dah jumpa.kalau ada share la ye..

One Reply to “Iklan Hari Raya 2016 Paling Best Dan Menyentuh hati”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge