Mee Kari Ketam Sedap Shah Alam

Siapa kat sini suka mee kari ketam? Mee kari ni memenag febret Ainul dengan mak. Benda yang dok mengidam masa pregnant ni nak makan mee kari. Cuma nak dapat mee kari ketam yang sedap, kena dengan selesa agak susah.

Baru baru ni, husband bawa kami p makan mee kari ketam port baru di Shah Alam. Memang terbaik dan sedap. Ketam besar, kuah pekat. Selalu kuah mee kari rasa macam kari kuat sangat dan perit tekak. yang ini memang rasa manis ketam tu.

Harga 1 pinggan mee kari ketam ni RM14.90. Portion yang besar . mee banyak, ketam besar. Kuah pun banyak. Dalam mee kari tu pun ada fish ball yang besar, tauhu kering, sayuran. Lengkap lah dalam 1 pinggan. macam macam ada.

Mee kari ni tak la pedas sangat. just nice. anak anak pun suka. Tengok la Maryam pun suka. hirup kuah lagi

Husband pulak makan Nasi lemak Pandan Ayam Kalio . Special kat sini mereka tak guna pewarna pandan tau. memang dari original daun pandan. blend dan air pandan tu dibuat untuk nasi. Tengok warna pun dah tahu. Beza kalau letak pewarna.

Harga nasi lemak pandan ayam kalio ni hanya RM9.90. murah kan. dah la ada macam macam. ayam kalio besar, sayur, sambal ikan bilis. Husband pun cakap sedap. licin dia makan

Air yang special kat sini adalah teh ais madu. 1st time Ainul try. sedap dan terus jatuh cinta. memang beza dengan teh air biasa

Ini soda herbs. Sedap dan rasa fresh. Harga hanya RM4.00 je. 2 air ni antara yang special la dekat Utami Village ni

Pencuci mulut yang wajib korang makan kalau datang sini.. Sila order Manggo Meletops Cheese. Harga RM10. berbalo sangat sebab sedappp !!

Makan sejuk sejuk..yummmyyy !! crust kat bawah cheese cake selalu keras tapi yang ni just nice. manggo kat atas tu fresh dan bau manggo yang kuat. wangi je.  Kombinasi semua tu makan pulak time sejuk memang confem lupa diet. hihihii

Kat Utami Village ni ada promosi teh tarik RM1 tau. Jimat kan.. teh tarik kat mana nak dapat semurah ni

Kat mana Utami Village ni?  Senang je nak cari restoran cafe ni. Ianya dekat kawasan Jakel. Betul betul mengadap Hospital Shah Alam. Senang je kan nak cari.

Cafe Utami ni ala hipster , moden style, selesa, bersih. Surau pun ada disediakan. Mesra kanak kanak.

Utami Village
No 24, Jalan Plumbum N 7/N, Seksyen 7
Shah Alam 40000
http://www.utamivillage.com/

Instagram : Utami Village 
0355240132
Masa: 10pagi – 10 Malam

6 Replies to “Mee Kari Ketam Sedap Shah Alam”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge