Laksa Tempurung Teluk Kumbar Pulau Pinang
Kalau pergi ke Lexis Penang sila singgah juga ke Laksa Tempurung Teluk kumbar yang dekat je dengan Lexis tu. Dari simpang keluar Lexis, korang ambil kiri. Jalan depan je sikit ada simpang ke kiri nampak Gertak Sanggul. Masuk situ jalan terus sampai jumpa banner Laksa Tempurung. Senang je kan..
tadaaaa.. inilah laksa tempurung yang glemer tu. Rasanya pun sedap dan harga pun murah. Harga tak berapa ingat sebab bukan Ainul yang bayar. kita order je. hihihi
Kalau korang tak suka laksa ada juga menu lain. ada char kuew tiaw, nasi lemak ikan goreng . Dan ada nampak yang special pelam goreng cicah belacan . Habis pulak. huhuhuu
Yang wajib korang cuba juga pisang goreng dia. serius sedap. rangup, garing, pisang pun tak tebal. kami order 2-3kali .. sedap sangat
Pemandangan suasana area laksa tempurung ni memang best. tepi laut kan. makan tepi laut gitu. Kami pergi dalam jam 11pagi jadi tak panas sangat.
Kalau datang Penang, pastikan tempat ini korang datang tau. suasana yang menarik sesuai untuk seisi keluarga…
boleh jdik port baru ni..huhu
sila sila
tempt santai open mcm ni nmpak menarik, tapi kalu hujan bertempiaran larik hihii
dah sampai baru ni..kecewa laksa tempurung gerainya tutup plak..nasib baik ada char keow teow..mmg sedap..