Shooting Rancangan Masak Bersama Chef Ismail Pensonic

Suka suki je hantar penyertaan tak sangka jadi pemenang pulak untuk “We Want You To Be On TV” anjuran Pensonic. Dapat email dari Pensonic dari bulan Mac lagi , 15 April akhirnya giliran Ainul untuk shooting Rancangan Masak Bersama Chef Ismail Pensonic . Orang terakhir di episod terakhir. hihi.

Shooting ni dibuat di Restoran Manjayaki di Sunway Nexis Damansara. Makanan Jepun? Ainul tau makan je masak memang tak pernah la makanan jepun ni . Cabaran besar ni..

Selalunya Restoran Jepun susah nak cari yang halal kan. Special Restoran Manjayaki ni sebab ownernya memang orang Melayu Islam dan Chef pun orang Melayu Islam. Jadi kalau korang suka makanan Jepun boleh datang ke sini tau.

Monjayaki ni sejenis makanan Jepun. Ainul pun 1st time dengar dan makan. Sedap tau. Rasa ala ala takoyaki

Cara masak Majoyaki. jangan risau sebab nanti Chef kat sini akan tolong masakkkan untuk korang. Tak pedas jadi anak anak suka. Maryam paling suka. Arreessa tekak orang melayu sikit.

Korang kena kikis kerak kerak tu. Tang tu la paling sedap sekali tau… Harga maaf la ye lupa nak tanya. Makan ni tokey kedai belanja semua krew. Rasanya sangat berpatutan la.

dah siap makan, kita mula shooting. Scene banyak chef dengan selebriti. Selebriti hari tu Raja Afiq. Siapa? Hero dalam dram Sayangku Kapten Mukhriz. Yang pegang watak Kapten Mukhriz tu. Muda lagi orang nya. Chinese look. ingat cina mana tadi..huhuhu

!st scene Chef Ismail dengan Afiq. Best Chef Ismail ni. Suara lantang jelas. Sebijik dengar ayat dia. Cara dia terang nak masak pun senang faham. Baru la faham nak shooting rancangan memasak bukan senang tau…

Akhirnya part saya , Chef Ismial dan Afiq. cabaran masak makanan Jepun. Adooi punya la gabra.. nak masak lagi.. Chef tanya soalan itu ini lagi. Tak boleh nak focus..hihi. Yelah kita kat rumah nak masak berjam jam pun tak kisah kan. Apapun pengalaman yang best.


Pengalaman paling best. Sebelum ni masuk TV untuk WHI, Semanis Kurma. Lain feel nya.  Next nak berlakon drama pulak.. hahahaa..

Terima kasih Pensonic, Chef Ismail dan semua krew Production. Semua best dan banyak membantu.

Jangan lupa saksikan Ainul di Rancangan Masak Bersama Chef Ismail Pensonic di Bulan Ramadan nanti di TV3.

Terima kasih juga untuk sponsor blouse pregnant saya iaitu MUMSLUV. Pregnancy blouse #katenursingtop yang berjaya nampakkan saya masih “kurus” walaupun dah 34minggu. Shawl dari @velria yang berjaya nampakkan muka runcing walaupun dah berdouble chin.hihihi

4 Replies to “Shooting Rancangan Masak Bersama Chef Ismail Pensonic”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge