Tips Fesyen Dress Dinner Untuk Muslimah

Sejak bekerja dari rumah ni banyak dinner, majlis yang perlu dihadiri. Majlis dinner business dan blogger. Sekali sekal menghadiri majlis dinner, mesti kita nak tampil berbeza dan menawan kan. Mula la pening ada fesyen baju nak pakai. Selalunya time majlis dinner ni kita akan memilih untuk memakai dress yang elegent untuk tampil berbeza dari hari biasa. Bila lagi nak melaram sakan kannn

 

Tips memilih dress yang sesuai untuk dinner supaya kita lebih kelihatan menarik

1. Kepada perempuan yang pendek dan kurus, anda boleh memilih
– dress yang mempunyai jalur ke bawah- dress yang mempunyai corak bersaiz besar

– dress berwarna terang

2. Kepada perempuan yang pendek tetapi berisi, digalakkan anda untuk memilih

– dress yang mempunyai jalur ke bawah
– dress yang mempunyai corak bersaiz kecil 

Fesyen Dress Dinner Untuk Wanita Muslimah Bertudung

Jika menyebut mengenai majlis makan malam atau acara annual dinner misalnya, mungkin bukanlah suatu masalah bagi wanita yang tidak bertudung kerana kebanyakkan koleksi evening dress yang berada di pasaran sememangnya sesuai untuk dipakai oleh mereka.

Namun tidak bagi wanita yang bertudung, yang majority berpendapat amatlah sukar bagi mereka untuk mencari jenis pakaian dinner yang bersesuaian dengan imej mereka. Kebanyakkan evening dress yang sering kita temui biasanya mempunyai potongan yang agak seksi dan oleh kerana itu, kini muncul banyak jenama-jenama pakaian Muslimah online yang turut menawarkan koleksi gaun dinner yang sopan khusus untuk wanita Muslimah seperti berikut;

Biasanya orang ramai akan bergaya dengan lebih glamour untuk menghadiri majlis-majlis seumpama ini. Oleh itu, kini terdapat aneka pilihan dress muslimah yang direka dengan gaya glamour dan eksklusif seperti berikut.

Menyedari tuntutan Muslimah yang ingin bergaya sopan, anda juga boleh menggayakan koleksi gaun maxi yang labuh dan diperbuat daripada fabrik yang tidak jarang seperti gambar di atas. Rekaan gaun labuh seperti ini sememangnya bersesuaian dengan imej Muslimah yang bertudung dan ingin tampil sopan.

Selain itu, koleksi dress Muslimah yang sesuai digayakan untuk ke majlis istimewa ini juga boleh anda temui dalam pelbagai rekaan yang loose dan sememangnya memberikan keselesaan yang ideal sepanjang pemakaian anda.

Kini muslimah dan fesyen tidak lagi menjadi masalah. Pelbagai pilihan yang menarik untuk wanita bertudung berfesyen.

4 Replies to “Tips Fesyen Dress Dinner Untuk Muslimah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge