24 weeks Check Up

2 minggu lepas p check up, hari ni baru nk cerita.hihiii malas sebenarnya.Alhamdulillah berat badan naik lagi 2kg.setakat 6 bulan peknen sudah naik 7 kg.banyakkan.lepas ni kena la pulun turun kan balik.huhuhu

Macam biasa setiap kali check up mesti ambil sampel air kencing.tak suke!!! dan macam biasa air kencing kotor.ehmmmm… rasanya dah kurangkan minum air manis.nasib baik doctor tak marah. tekanan darah Alhamdulillah normal. kali ni last check up dengan klinik panel. Sebelum ini, Doctor Norliza ni ada bgtau yg selepas 6 bln, dia akan buatkan GL utk refer ke hospital pakar dimana nk bersalin nanti. Mmg dari awal pregnancy lagi, saya dah survey hospital-hospital yang berdekatan dgn shah alam.taknak la jauh2 kan.susah nk p kalau tetiba emergency.
Hospital dalam senarai:
1. Hospital Pantai, bangsar
– panel company, tp reject sbb jauh kena merempuh federal highway.mahunya sakit time jam teruk, mahu terberanak dlm kete kan.oh..no!no!
2. KPJ Shah Alam
– jauh la sikit kt sec 20.kena melalui 2 roundabout. company kaver gak. survey doctor plg best Dr siti tp dia sorng je perempuan islam.ehmmm susah la kalau dia bz.yg doc lelaki islam tak byk review ttg diaorg.
3. SALAM sec19
– org ckp ni plg bagus.siap ada acara belah mulut lagi( betui ka nie??).. bilik besar.harga pun ok.company kaver gak. tp sama la mcm kpj sbb Doc pakar tak ramai. so kalau ada kes emergency, diaorg akan tolak ke gomen.takmau!!!
4. UMRA
-Biras saya deliver kt sini dl.bilik kecik, makanan xdisediakan & review kt forum dan blog org lain ckp doc kt sini tak best.tak tau la betui ke tak.kena saman tak kuarkan statement ni??? hihihi ampun!!!!
5. SJMC
– ramai org opis deliver kt sini. jauh la sikit sbb kt subang. Doc yg best from forum & blog ” Dr siti & Dr Delila” ..
6. DEMC
– dulu kt sec 9.mmg saya reject awal2 sbb nk parking susah, sempit, lif kecik.” berlagak nk mampus cik enol ni”..
– skrg dh bertukar ke bangunan sendiri kt grand blue wave & bgn PKPS tu. Hari sblm p check up utk 6 bln, ada ajak hubby p usha2 DEMC baru tu. Ya ALLAH cantik giler.mcm hotel.tp kitaorg tgk2 kt lobby je.sbb time tu dh abis opis hour.so tak berani nk teroka dgn lebih jauh..
– ini mmg dokat giler dgn umah. company kaver gak..
– Doc best ” Dr Norleen & Dr Zamri”
So apa pilihan saya???? Sebelum buat keputusan, saya ada baca byk forum, blog dan bertanya kpd mereka yg berpengalaman.nak tahu juga pengalaman diaorg bersalin kt hospital2 yg disenaraikan di atas..Akhir sekali saya buat solat istikarah.ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik utk saya & my baby. Esok nye, hari saya tekad……
saya telah memilih DEMC & Dr Zamri sbg my gynae. kenapa doc lelaki??? tak malu ke? saya byk membaca ttg beliau.dia adalah pakar O&G dan pakar fertility. malu tolak tepi la.kalau dah sakit, dah tak kisah pun.lagipun nurse kan ada.hihihi. ramai yg bg feedback yg Dr zamri ni, ckpnyer lembut je & handsome.hihihi
Last week, saya & hubby ke DEMC utk book Dr zamri ni. masuk je DEMC kami disambut oleh peyambut tetamu.cam VIP lak.salah sorang peyambut tetamu tu menghulrkan bantuan.so saya ckp la nk jumpa Dr zamri.Dia terus suruh saya ke level 1.kt level 1 ada sorang pompuan sambut kitaorg nk tnjk direction ke O&G department.sebelum ke O&G department tu, kita kan lalu 1 taman.tamn tu kt tengah2. mmg cantik.sori tak sempat nk snap gambo.lain kali ye Ambik no dan nurse ambik berat badan.sementara nk tggu giliran, kena isi borang.sikit je.masa yg sama hati dah berdebar nk jumpa Dr zamri ni.buat pertama kali kami akan bertentang mata.hahaaha..mmg tak syak lagi, beliau mmg handsome wlpun sudah 51thn.ckp pun lembut je.saya plk yg segan sbb saya ni kasar skt orgnyer.terpaksa bercakap bersopan.masa nk scan, ada nurse pompuan yg tlg tarikkan seluar.my hubby pun ada.so tak la segan sgt. 
oklah membebel lak..lepas ni kena cite experience kt DEMC lak smpi la deliver nanti.hohoho.
insyaALLAH 25 July ni akan ke Antenatal Class kt DEMC.
*** harap sumenyer berjalan lancar sehingga selamat lahirnya ‘si kecik ini”.. tak sabo!!!***

7 Replies to “24 weeks Check Up”

  1. salam…..saya sue,juz nak bg sikit panduan,kalau air kencing kotor,amalkan minum air barli(suam) coz barli ni leh clearkan urine kita….so,gd luck k.

  2. Anonymous: tq for the tips.insyaALLAH akan dipraktiskan selalu.
    Ina: thanks ina.harap selamat segalanya nanti.
    Hunny & PinkGremlin: nanti kita update psl package kt DEMC ye.

  3. Saya start tak boleh preggy sampaila dah beranak memang dgn doc zamri. Now masuk anak kedua pun still dgn doc zamri.. Bukan tu je, anak2 sakit pun kat demc. Apa pun demc hospital yg terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge