4 sebab kenapa suami tidak menyokong penyusuan susu ibu

4 sebab kenapa suami tidak menyokong penyusuan susu ibu

Setiap ibu pasti ada keinginan untuk menyusukan anak genap 2 tahun. Namun begitu bukan semua ibu betuah. Pelbagai dugaan, cabaran yang terpaksa dihadapi membuatkan si ibu berputus asa. Tentangan dari keluarga terutama suami yang tidak menyokong penyusuan susu ibu memainkan peranan penting. Suami merupakan tulang belakang isteri. Apabila suami menyokong 100% insyaALLAH si ibu pasti dapat menyusukan anak sebaik mungkin.

Kenapa suami tidak menyokong penyusuan susu ibu?

1. Ilmu

Ilmu sangat penting terutama kepada ibu bapa baru. Selalu si isteri hanya membaca info info penyusuan seorang diri tanpa melibatkan suami. Apa salahnya apabila isteri membaca sesuatu info terbaru mengenai susu ibu dan terus berkongsi bersama suami. Bukan semua suami tahu kebaikkan susu ibu. Jadi tugas isteri la sama sama berkongsi ilmu dan berkongsi kenapa anda mahu menyusukan anak sehingga 2 tahun.

2. Perbelanjaan

Ramai suami beranggapan peralatan untuk penyusuan sangat mahal. Breastpump, botol susu , baju menyusu. Jadi mesti suami berkira kira dalam hal ini.
Apa kata si isteri buat kira kira bersama sama suami. Buat perbezaan membeli peralatan untuk menyusu (pastikan yang penting sekali) seperti breastpump, botol susu, botol storage yang dibeli sekali tetapi boleh diguna berulangkali. Berbanding dengan susu formula yang setiap bulan perlu kita beli

orang lelaki ni suka benda yang logic..jadi cuba la duduk bersama dan buat kira kira. Susu Ibu tiada GST ye 🙂

3. Penampilan

Penat menyusukan anak sampai muka pucat, baju tak bergosok. Mana la cik abang tak complaint kan.

Walaupun kita menyusukan anak, di pejabat pump susu tetapi penampilan, kesihatan wajib dijaga,

Suami mana yang tak sayang isteri. Melihat isteri kelihatan tidak terurus pasti akan merisaukan suami.

Jadi ibu menyusu mesti wajib kelihatan cantik berseri ye..

Nak tahu TIPS MEMIKAT SUAMI??

jom tengok video ni TIPS MEMIKAT SUAMI… insyaALLAH pasti suami tergoda kembali 

4. Semangat

Ramai isteri yang bersemangat nak menyusukan anak ketika hamil tetapi bila dalam pantang anak asyik menangis je mula la give up.

Asyik merungut susu tak cukup la.. penat la.. 

Cuba cari jalan macammana nak tambah susu supaya anak tak menagis kelaparan. Jom tengok tips ibu hebat ini. Apa yang dia buat sehingga berjaya menyusukan anak anaknya

Video >>>>  Tips Tambah Susu

Suami mesti susah hati melihat isteri stress, anak menagis je. Lama-lama mereka pun ambil cara mudah iaitu suruh ambil FM je.

Jadi para isteri kena kuat. Minta bantuan suami untuk bagi semangat pada kita. Tapi kita kena la kuat, semangat tinggi juga.

InsyaALLAH bila suami nampak isteri kuat, bersemangat tinggi pasti mereka pun bersemangat juga

Untuk berjaya dalam penyusuan perlukan ilmu. Ye ilmu sangat penting tak kira siapa kita. InsyaALLAH dengan ilmu yang cukup pasti memudahkan perjalanan kita untuk menyusukan zuriat kita

One thought on “4 sebab kenapa suami tidak menyokong penyusuan susu ibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge