Aktiviti buat Kek Yang Menyeronokan Bersama Anak 5 Tahun

Aktiviti buat Kek Yang Menyeronokan Bersama Anak 5 Tahun

Memasak bersama anak anak yang menyeronokkan dan bagi mereka menjadi lebih creative. Sebelum ini Ainul ada buat jelly buah buahan dengan Arreessa. 

Arreessa suka sangat tengok video kanak kanak memasak di youtube. So Ainul pun ajak la dia masak sekali. Benda yang simple dan tak perlu membakar, mengoreng kalau boleh. Contoh jelly buah ni paling senang sangat. dan yang pasti sedap
Terbaru ainul ajak dia buat kek oreo. Ala kek senang sangat tak perlu bakar. Masukkan dalam peti sejuk je
Bahan bahan pun tak banyak. Masa beli barang ainul bawa Arreessa sekali dan sama sama cari bahan bahan. Nampak dia sangat excited. 
Bahan-Bahan untuk Kek Oreo Senang dan Sedap adalah
Bahan bahan yang senang je dapat dimana mana kedai. Chocolate chip & sprinkles tu optional. Kalau korang taknak letak pun boleh atau nak letak fresh fruit pun boleh. sprinkles tu idea Arreessa. Ainul ikutkan je idea dia. Bagi dia bebas mengeluarkan idea dan be creative
Cara nak buat kek ni senang sahaja
1. Blend cream cheese dan fresh milk. Fresh milk tu jangan banyak sangat ye. Just nak bagi cream cheese tu kembang. Kalau rajin boleh guna mixer. Ainul guna blender je. 
2. Susun oreo di dalam mangkuk. Macam Arreessa buat ni. Opss sebelum susun dalam masuk , celup oreo dalam fresh milk dulu

3. Susun biskut oreo 1lapis dan masukkan cream cheese yang diblend tadi. Jangan masukkan habis sebab kita nak buat layer by layer
4. Siap 1layer. Sambung untuk layer ke dua

5. Setiap layer kita masukkan cream cheese dan oreo. Last sekali lapiskan dengan cream cheese yang diblend tadi

6. Saat saat yang dinantikan Arreessa iaitu menghias. Boleh la taburkan sprinkles dan chocolate chip 

Siap sudah.. eh belum boleh makan lagi ye. Kita masukkan ke dalam peti ais dulu. Berapa lama? dalam 5-6jam dah ok. Kita boleh tengok kek ni dah keras dan senang di potong.

Inilah kek oreo by Masterchef Junior Arreessa
Sejuk, sedap dan bila makan rasa crunch chocolate chip.. Mama Arreessa yang tambah banyak kali
Aktiviti yang senang kita lakukan bersama anak-anak.

3 thoughts on “Aktiviti buat Kek Yang Menyeronokan Bersama Anak 5 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge