Aktiviti Ibu Bekerja Dari Rumah

Aktiviti Ibu Bekerja Dari Rumah
Pejam celik dah 3 tahun bergelar Ibu Bekerja dari rumah. Wah tak sangka mampu pergi sejauh ni. hihihii .. menjadi ibu bekerja dan masa yang sama suri rumah bukan benda yang mudah. Silap langkah boleh stress tau.

Ramai juga yang dok tanya ” tak boring ke dok rumah je” .. bekerja di rumah dengan suri rumah sepenuh masa tak sama. Sama juga macam orang pergi opis setiap hari. Cuma bezanya opis Ainul dekat rumah. Pengurusan masa tersangat la penting.

Ramai ingat duduk rumah best la dapat baring, tengok tv. Terus terang Ainul cakap Ainul jarang tengok tv. Siang memang takde makna nak tido .. Malam je memang spend masa rehat, main dengan anak anak. tidur awal sebab nak kena bangun awal.

Setiap pagi Ainul akan cuba bangun seawal pagi. dapat bangun 4 pagi tu memang nikmat. Sejak pregnant ni je malas bebenor nak bangun 4 pagi. Adoii.. Apapun selepas subuh tu memang spend 2jam untuk update blog, reply order customer dan lain lain.

Bila anak anak dah bangun selalu bawa mereka pergi sarapan kat luar. Saja ambil angin sarapan kat luar. Kita boleh spend masa betul betul. Selepas sarapan pergi pasar. hari hari kena pergi pasar sebab masak ikut selera Arreessa.

kadang kala, pagi tu sarapan dan bawa anak anak shopping. best sebab time tu orang tak ramai.


Tengok la Arreessa pun terus pakai baju sekolah. ni shopping kat Aeon Mall selasa lepas. lepas shopping , makan dan terus hantar dia p sekolah

Selepas hantar Arreessa ke sekolah, kami tak terus balik ke rumah. Kami akan ke Shaklee di Sunway untuk beli order order customer.

settle beli barang kami akan p cod kalau customer yang cod berdekatan. Kadang kadang cod sampai ke malam

selepas cod kami akan pos pulak. packing semua barang kat pos opis je. Senang jual Shaklee ni sebab vitamin semua dalam botol. Jadi tak perlu risau pecah ke apa.

Selalu kami pos selepas ambil Arreessa dari sekolah. Punya la pack masa kan. ke san sini dah jam 6 petang. jadi ambik Arreessa dulu baru ke pos

Malam kami sambung cod kalau ada customer malam baru ada di rumah. Cod sana sini balik rumah jam 10-11malam

Jadi siapa cakap bekerja di rumah ni relax je kan.. penuh padat jadual kami. Penah seminggu tu full pagi sampai malam. Adoii penat. Tapi seronok dan puas hati.

Balik lambat cod sana sini pun anak anak ada dengan kami. Mereka pun suka ikut.

Bekerja dari rumah ni takde cuti tahunan, takde mc. Tapi kita boleh nak cuti bila bila kita suka. Bekerja sendiri ni bekerja 24jam 7 hari. Seronok tak macam makan gaji. Sebab jadual tu kita yang arrange.

Yang paling penting adalah pandai uruskan masa. Saya sendiri pun masih belajar bab uruskan masa ni. yang penting kita hepiiii


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

4 thoughts on “Aktiviti Ibu Bekerja Dari Rumah

  1. pada aida, kalau da dinamakan keje, memang tak mudah.
    sebab tumpuan kita kpd keje. maka byk yg lain kena korban.
    just beza, keje dari umah. anak keliling pinggang. masa adalah aturan sendiri.
    tak pandai susun masa memang takkan sukses uruskan semua like what u have done 🙂
    tahniah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge