Anak Suka Memasak? Jom Sertai KidZ Vs Food di Kidzania Cuti Sekolah ni

Mingu minggu terakhir sekolah. Mood nak cuti pun membuak buak. Kita as parents ni kepala otak dah mula ligat mencari apa aktiviti nak buat untuk anak anak cuti sekolah ni

Anak siapa suka masak?  Kot la teringin nak jadi masterchef junior.hihi. tak tahu pun kita boleh belajar dan terbaik cuti sekolah ini Kidzania KL ada lakukan aktiviti menarik untuk kanak kanak iaitu KidZ Vs Food 2.0

Pelancaran KidZ vs Fod di Kidzania.

 

Special tahun ni, KidZ vs Food 2.0 ini bukan sahaja akan ajar anak anak buat masakan ringkas tetapi akan ajar anak anak kita masak untuk ibu bapa.. sweet kann.. lepas ni boleh tolong mak kat dapur. hihi

Terus terang Ainul cakap, Ainul agar paranoid bab anak nak membantu di dapur. Risau dia pegang pisau nanti luka, takut minyak panas. ishh banyak la takut. kesian Arreessa bila dia nak bantu Ainul di dapur.

Bila dapat join pelancaran KidZ vs Food ni rasa ishh rugi Ainul tak bagi Arreessa explore sendiri keseronokan memasak. Masa memasak ini la mereka akan jadi kreatif, sabar, rajin. Kena pisau kena minyak panas tu proses pembelajaran kan. kena minyak panas terpercik sikit la ye. bukan tertumpah minyak panas. tu dah bahaya. Tapi kita mak ni kena la ada kat sebelah bantu, tengok kot ada bahaya dalam proses dia nak menggunakan peralatan dapur.

Di KidZ vs Food 2.0, Kanak-kanak boleh cuba memasak sendiri resepi-resepi mudah dalam sesi Pop-up Kitchen .  Mereka akan belajar cara memasak hidangan yang sesuai, cara nak hias makanan.  kiranya mereka pasti akan seronok dalam menyediakan makanan lagi lagi ada sesi Food Art dan Food Science

Jangan risau bab penggunaan peralatan dapur sebab Sharp telah sponsor peralatan elektrik mereka yang canggih. Anak kita akan belajar masak terus guna peralatan Sharp. Senang & jimat masa dan selamat

‘KidZ vs Food 2.0’ akan ada empat segmen berbeza untuk aktiviti hari biasa dan hari minggu seperti Pop-up Kitchen, Food Science, Food Art dan Cooking Workshop

Bagi cooking workshop, Chef Brian atau dikenali sebagai Abang Brian dari masterchef akan ajar mereka.

 

 

Abang Brian ajar Sophia masak bubur kacang guna

Special Promosi Cuti Sekolah Ini Di Kidzania

 

Menangi Hadiah Menarik!

Di samping aktiviti-aktiviti menyeronokkan, keluarga juga boleh menyertai pertandingan yang menarik!

  • Kanak-kanak boleh berkongsi kisah mereka tentang hidangan yang dimasak di rumah menerusi Online Essay Contest; pemenang akan menerima tiket daripada KidZania dan baucar kelas masakan daripada Young Chefs Academy!
  • Tunjukkan kemahiran fotografi makanan dalam Parent-Kid Food Photography Contestpeserta perlu menghias makanan, merakam gambar kreatif dan memaparkannya di laman rasmi Facebook KidZania Kuala Lumpur. Tiga gambar terbaik akan memenangi hadiah yang bernilai lebih daripada RM1, 000 termasuklah barangan daripada CANON dan KidZania!
  • Ibu bapa juga boleh mengambil bahagian dalam Teh Tarik Challenge yang akan diadakan pada setiap hujung minggu. Mereka berpeluang menunjukkan skil “menarik teh” mereka serta memenangi baucar dan barangan daripada  F&N dan Fish & Co, serta tiket daripada KidZania!

 

Untuk waktu terhad, pelanggan boleh menikmati diskaun 20% untuk pembelian tiket KidZania dengan menggunakan kod promo ‘FOOD17’. Promosi istimewa ini hanya sah untuk pembelian dalam talian bermula dari 11-24 November 2017 dan tarikh melawat adalah sah dari 25 November – 31 Disember 2017.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti ‘KidZ vs Food 2.0’ dan acara-acara di KidZania Kuala Lumpur, layari www.kidzania.com.my atau www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur, atau hubungi Talian Khidmat Pengguna KidZania di 1300 88 KIDZ (5439) dari 9.00 pagi hingga 6.00 malam, Isnin hingga Ahad.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge