Anniversary ke 8
3 Julai 2009 kami diijab kabulkan sebagai suami isteri. Pejam celik dah 8 tahun dah.. anak pun dah 3. hihi .. baru 3 okay. ada kawan kawen tahun yang sama dengan kami anak dah 5. Rezeki masing masing kan. Syukur ada 3 orang puteri menyeri rumah kami
Perjalanan 8 tahun mesti macam macam la kan. Bercinta sebelum kawen tak sama dengan bercinta selepas berkahwin. ala ala kena restart gitu. macam macam benda yang kita rasa ” eh apsal aku tak tau ni” ..banyak benda kena belajar untuk faham pasangan kita.
Tips rumah tangga takde la sebab baru 8 tahun kawen. segan nak bagi tips bagai. kena tanya orang yang dah 20-30 tahun berkahwin tu
Apa yang boleh Ainul bgtau , dalam perkahwinan kena banyak sabar, banyakkan berbincang. jangan pendam apa sahaja yang tak puas hati. Pendam lama lama sekali meletup lagi bahaya.
Jauh lagi perjalanan kami. Banyak lagi yang kami nak capai terutama dalam business, empayar business, misi kemanusiaan, misi untuk anak anak..
Semoga perkahwinan kami sehingga ke syurga. Aminn