Arreessa Zulaikha 4 Tahun

Tanggal 1 October 2010.. jam 8pagi dah bergerak ke DEMC. jadual pembedahan jam 10pagi. Jam 4pagi terjaga. tak lena tidur. Bangun, mandi & solat taubat, solat hajat. Ya ALLAH permudahkan la segala urusan. walaupun caesarean tetapi debaran tetap ada. Perut bakal dipotong. 7 lapisan perut akan di korek. Habis sudah kejelitaan perut mama…

kisah yang mama abadikan di blog ni. Arreessa boleh baca bila Arreessa dah pandai membaca nanti.

1 october 2014.. genap 4 tahun Arreessa Zulaikha. Kejap je masa berlalu. Makin petah, membebel macam makcik-makcik..suka melawa, make up. Feeling princess je

tahun lepas mama keje..tak dapat nak celebrate birthday kakak dengan kawan-kawan. Alhamdulillah tahun ni special sebab mama babah ada sekali. Mama berjaya tempah kek frozen favourite kakak Arreessa

Arreessa dengan kawan-kawan littela caliph. Siap tukar baju frozen. Nak feeling lebih. Nasib baiik cikgu sporting

kanak-kanak yang lain tak sabar nak patung kat atas tu. Sampai berebut-rebut. 
tak sabar nak makan kek frozen. 
anak-anak little caliph. dapat juga Arreessa celebrate dengan kawan-kawan school dia. 

Arreessa Zulaikha 4 Tahun, kek frozen sedap, kek sedap shah alam
Ini la kek pujaan ramai. Habis licin. Chocolate kek. Ainul pun tak sempat nak rasa. Takpalah bagi anak-anak makan. 
Ramai juga yang tanya pasal kek ni. Dah 2 kali order dengan akak ni. dulu kek angry bird. sedap. kemas je hasil seni akak ni
ainul order di sini jasmeenhomedelight
kek ni harga RM130. tak sampai 2kg. cukup la untuk anak-anak little caliph ni. 
Arreessa Zulaikha.. semoga menjadi anak yang berjaya dunia akhirat ..aminnn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge