Arreessa Zulaikha 5 Tahun

Arreessa Zulaikha 5 Tahun
1 October genap Arreessa Zulaikha 5 tahun. Pejam celik sudah 5 tahun anak mama yang manja ni. Kisah pengalaman bersalinkan Arreessa masih ada di blog ni. Permulaan wujudnya blog ni. Blog ini pun majoriti kisah Arreessa. Mengandungkan dia, melahirkan dia, menyusukan dia. 
Fakta mengenai Arreessa Zulaikha
1. Diva
Kawan kawan Ainul gelarkan dia DIVA. Kenapa? dia punya cerewet mengalahkan mak nenek tau. Kalau nak pakai baju nak macam itu ini. Nak makan nasi lemak nak sambal lebih, ikan bilis lebih. sebelum makan check dulu kalau ada hitam hitam atau apa apa yang dia tak suka dia suruh kita buang walaupun benda tu kecik. Mama la mangsa keadaan. Nak garu dia pun kena ikut style dia. kadang kadang nak 2 jari dan macam itu ini. Ikut selera dia tapi mama yang garu. huuhuhuu
2. Kepoh
Mulut bising & kepoh macam mama dia. eh?? hihihii .. Kalau dia bercakap memang non stop. Lagi best bila kawan kawan atok nenek dia datang dia la melayan. Melayan sembang. Macam macam dia cerita. Bab ni kena jaga jaga sebab budak budak tak pandai simpan rahsia. Bahaya woooo..
3. Ingatan kuat
Arreessa mempunyai ikatan yang sangat kuat. setahun lepas punya cerita pun dia ingat. dan dia semua ingat termasuk nama kawan kawan kita. Bab ini kalau berjanji dengan dia kena tepati sebab dia ingat apa yang kita janji. dia tuntut sampai kita buat.
4. Fikir luar kotak
Arreessa walaupun dia baru 5 tahun tetapi dia sangat kreatif dan dia boleh fikir luar kotak. Ainul pun kadang kadang tak terfikir benda tu. dan soalan dia juga sangat mencabar minda. Helah dia pun sangat kreatif. Contoh dia makan sesuatu dan benda tu tak sedap bagi dia. Dia nak cakap tak sedap dia takut kita marah. Jadi dia akan cakap ” babah cuba rasa ni sedap tau” jadi babah dia pun rasa. Hahahhaaa dia pun terlepas la dari makan benda tu.. hihihii
Sambutan hari jadi Arreessa tahun ni kami buat di Little Caliph seperti tahun tahun lepas. Sediakan goodies bag dan kek sahaja. Yang penting anak anak hepi. 

Anak anak di Little Caliph Seksyen 7 Shah Alam. Arreessa berada di Little Caliph ni sejak umur 2 tahun. Masa tu masuk daycare je. InsyaALLAH tahun depan last di LC. 
Arreessa Bersama kawan kawan dan teacher. Terima kasih Teacher Syida & Teacher Sue yang sudi melayan anak saya. Sambutan birthday tak akan ada tanpa kerjasama mereka.
Rezeki Arreessa hari tu juga bila selepas sambutan birthday dia Little Caliph, kami pergi ke Supermom Office untuk join Skincare Workshop. 
Geng Supermom buat surprise untuk Arreessa. Kira double celebration hari tu. 2 kek kitaorang makan. Rezeki !!!
Thank you Mami hadhatina & geng supermom yang sudi celebrate Birthday Arreessa kali ke 2
Arreessa Zulaikha , Selamat Hari Lahir ke 5. Semoga kakak membesar dengan sihat. Berjaya dunia dan akhirat. Berjaya memberi manfaat kepada orang lain. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge