Arreessa Zulaikha di KOSMO
Rezeki anak pulak masuk Kosmo. Dapat pm di FB oleh wartawan Kosmo nak interview pasal mendidik anak menggunakan buku bukan gadget.
Ainul bukan la 100% tak bagi Arreessa ipad, hanphone. Ini zaman dia jadi dia berhak tahu teknologi semasa.Karang anak kita tak up to date pulak kan. Tetapi kita as parents kena la control penggunaannyer. kalau 24jam asyik mengadap ipad main games tak bagus la pulak kan. Bukan setakat pada kesihatan tapi pada social life dia. Pengalaman melihat seorang kanak-kanak besar sedikit dari Arreessa pada kenduri kawen makcik dia , dia duduk dalam bilik sepanjang hari main ipad.
tadaaaa.. ini dia keratan kosmo pasal Arreessa


Mungkin anda ada cadangan yang lebih baik???