Ayah saya
Kita jarang bercerita tentang ayahkan. Alhamdulillah ainul masih ada ayah yang masih sihat. Ayah orang paling penting dalam hidup selain mak.Ayah adalah lelaki pertama dalam hidup kitakan. Nak cari suami pun mesti ada ciri-ciri macam ayah kita kan. tak percaya p check.hehehe
Ciri-ciri yang ada pada ayah dan menjadi ciri utama untuk mencari bakal suami dulu adalah “pandai”..hehhehe..ainul tak pandang lelaki tu handsome, kaya, pandai berkata-kata.yang ainul pandang adalah Pandai.kalau handsome tak pandai ” reject”hihihihii
terima kasih ayah sebab membimbing ainul sehingga berjaya. tanpa nasihat ayah, teguran ayah , kakak tak mungkin berjaya macam sekarang.
Ayah ainul ni sangat garang.tengok muka pun orang takut.ye beliau memang garang tetapi sangat penyayang.Masih ingat masa kecik ayah belikan astro untuk kitaorang.Kawasan kat Gerik tu selalu tak ok siaran Tv nyer.kadang tgh tgk berita keluar cite siam pulak. Jadi ayah belikan astro.Harga astro time tu mahal lagi dari sekarang. So dapat astro syoik sakan la tengok cartoon.Cartoon network, Disney la.Ayah marah la sebab gara-gara tengok tv keje sekolah tak siap.huhuu exam teruk.Jadi ayah buat syarat nak tgk tv kena siapkan keje sekolah dulu.Lepas maghrib ayah sama-sama duduk dengan kitaorg kt meja.sambil-sambil tu ayahla cikgu kat rumah.ehh ayah ainul memang cikgu.hehehehe..selagi tak siap keje sekolah tak boleh tengok tv tau..semangat la kami adik-beradik siapkan homework.cepat habis, cepat tengok tv.
Ayah dulu suke bawa kitaorg jalan-jalan.asal cuti sekolah je bawa la kami ke terengganu la, KL la, kiranya 1 semenanjung la dah tawaf.sangat sukerrrr dapat jalan-jalan.
Ayah dulu sangat tegas bab-bab solat & mengaji Al-Quran.Time maghrib tu pulak selalu ada Doremon..Bila ayah panggil tak p solat-solat lagi harus la kena rotan.huhuhuhuu..kitaorang adik beradik kena khatam Al-quran sebelum masuk form 1. Wajib !! so hari-hari kena mengaji.Ayah garang giler mengajo kitaorang.sambil mengaji sambil nanges…serius ketaq lutut kalo salah bacaan.
Ayah dulu suka bawa kami adik-beradik p kedai buku.sebab ayah pun suke membaca.sampai skrg kami suke beli buku.eh skrg more to magazine.buku tak sempat nak baca dah sejak ada arreessa.magazine tu pun dah berkurun baru khatam.huhuhu
Time nak exam PMR, SPM dulu ayah selalu teman ainul stay up. Ayah mesti tolong buatkan kopi/teh/milo untuk ainul.Pastu ayah tertido kat sofa.Bila dah siap study, ainul kejutkan ayah. Thank you ayah. Masa ainul grad ainul peluk erat ainul.Ayah menagis gembira.Alhamdulilah dapat grad dengan cemerlang.2nd class upper je pon.hehe
Jadi engineer pun sebab ayah yang suruh. Takpe semuanya untuk ayah..
Ayah oh ayah…..rindu sama ayah.tak sabar nak balik bulan depan.borak-borak dengan ayah.Arreessa pun tak sabar nk jumpa tok wan kan.miss u ayah. Thank you