Bercinta tu boleh tapi jangan la over…
Terpanggil untuk buat entry ni apabila terbaca macam-macam cerita kat paper & terdenagr kisah-kisah orang yang bercinta..semua orang bercinta tapi jangan la sampai hilang maruah, body & harta “)
Terbaru pasal pasangan kekasih bunuh diri gara-gara cinta terhalang..MasyaALLAH..bukan kah bunuh diri tu dosa besar..
Macammana boleh terlintas kat fikiran nak buat macam tu kan?? YA ALLAH takutnya….
Ada juga terbaca kisah seorang perempuan sanggup meminjam duit kat ALONG RM1000 tapi dapat RM300 je.lepas tu bunga RM4000..hanya kerana boyfriend suruh pinjam.nak guna duit..lepas dapat duit sayang ke mana cinta ke mana.batang hidung pun tak nampak…yang si perempuan pulak kena tanggung hutang…
Paling sedih apabila ramai perempuan menjadi mangsa atas kebodohan sendiri. Sanggup gadai maruah gara-gara termakan kata-kata cinta.. Wahai adik-adik ku..buka mata luas-luas..pandang jauh-jauh..kalau lelaki asik dok cakap manis , konon sanggup bertanggung jawab please la jangan la PERCAYA..bohong semata-mata..Sejahat-jahat lelaki mereka akan mencari perempuan yang suci untuk dijadikan isteri…
kadang-kadang ainul agak bengang dengan kawan-kawan yang selalu dok kata suami isteri yang dok jalan pengang-pengang tangan, makan bersuap ..” gedik, saja nk menunjuk, macam2 lagi la….tapi yang couple tu yang dok peluk-peluk, pegang-pengang tangan dikatakan ” romantik, loving..sweet ” ehmmmmm macammana tu..
Maaf kalau ada yang terasa tapi ini adalah hakikat sebenar. Ainul bercakap sebagai seorang kakak..Tak suka takpa tapi jangan menyesal di kemudian hari..Nak berkawan boleh..nak kuar p tgk wayang pun takde salahnya tapi jangan over sudah..Akak bukan la ustazah atau alim ulamak..diri sendiri pun banyak yang tak betul..ini adalah sekadar di pinggiran cuma…
Semoga cinta kita semua kekal hingga ke syurga “)