Buat Business ni sama macam main masak masak?

Saya ni anak ke 2 dr 7 orang adik beradik. Jarak dengan kakak jauh. kakak duduk asrama maka sayalah kakak kat rumah

Adik ramai jadi saya selalu tolong mak kat dapur.

Teringat masa mula mula belajar masak. Resepi cakap halia 1inci maka saya p ambil pembaris ukur. Kalau dia cakap cili 10biji saya akan pastikan mesti cukup 10. Xboleh kurang tak boleh lebih. Risau takut tak jadi.

Masak kadangkala jadi. Ada masa hangus, tak sedap, terlajak manis manis pahit.

Goreng telur paling senang pun kalau tak selalu buat , boleh jadi hangit, tak masak, terlebih masak.

Kat dapurlah selalu kemalangan kecil terjadi. Kena minyak panas, kena pisau, pinggan pecah. Adoiii sakitnya.. tapi tetap kembali belajar masak

Dan sekarang bukanlah hebat masak pun.boleh la untuk bahagiakan perut suami, anak anak. Mereka puji sedap, makan bertambah tu rasa bahagia dah kannn

Semuanya tak datang sekelip mata. Proses belajar belajar dan belajar. Kita buat salah, terluka, kecewa tapi kita tetap buat buat buat sampai jadi

Begitulah business kawan kawan. Kena buat buat buat sampai jadi.

Kita boleh google resepi macam macam tapi kalau tak buat kita tak tahu kita mampu ke

Eh pandai juga aku buat kek. Yes dari hasil belajar dan buat

Dalam business belajar dan buat. ” Eh boleh rupanya aku jual vivix yang mahal ni.”

Lapar pulak rasanya sebut pasal makanan.. apa nak masak berbuka hari ini? 😁😁

#businessdds
#ainulmustafa

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge