Cabaran 30 hari Blogging Day 23: Binatang paling MENAKUTKAN
- By:
- On:
- 0 Comment
Cicak, lipas, tikus , ular antara binatang yang ramai orang TAKUT. Harimau semua tu confirm la kan. Lipas , cicik ni binatang yang selalu ada di rumah. Ainul takut tikus, cicak & katak. Lipas tak takut. hehhee berlagak kan.. Kalau katak dalam bilik air… Ainul memang tak masuk la bilik air tu.huhuhuu geli kot
Tapi ada 1 binatang yang paling MENAKUTKAN dan KEJI dari binatang-binatang lain.. Apakah itu?
Paling menakutkan adalah BINATANG yang bertopengkan MANUSIA. Manusia yang berperangai, nafsu binatang. Perangai, nafsu binatang sebenar pun tak sebegitukan
Perogol kanak-kanak dan wanita. Malah lagi keji mangsa adalah anak, cucu, kakak , adik sendiri. Keji kan? Manusia meletakkan nafsu di depan akal dan iman. Musnah segalanya.
Ayah, datuk, abang yang sepatutnya menjadi imam, pelindung tetapi menjadi musuh dalam selimut. Di Israel seorang ayah, datuk , ayah mati mempertahankan wanita atau perempuan kesayangan mereka. Di Malaysia lelaki ini mati sebab bersalah memperjudikan wanita wanita mahram mereka.
Setiap hari kes bayi kena buang. Seorang ibu yang mengandungkan 9 bulan , sakit melahirkan anak sanggup buang anak macam sampah. Bagi Ainul itu BINATANG paling KEJI, MENAKUTKAN
Agak kasar bahasa ini. Tetapi apa lagi panggilan yang sesuai untuk mereka? Dosa berzina dah dapat ditambah pulak dosa membunuh. Sedih melihat mayat-mayat bayi di dalam lubang tandas, longkang. Taknak sila la beri kepada orang lain jaga.. Cukup la dosa besar yang satu lagi. Bayi itu tidak berdosa
Salah siapa semua ini? Ibu bapa, masyarakat atau kerajaan ?
Malaysia sekarang sedang BERPERANG.. ye berperang dengan sikap kita sendiri. Masalah sosial yang sebenarmya berpunca dari diri sendiri.
Jom audit diri.. sama-sama bantu masyarakat membina semua akidah Islam. Kembali ke Jalan ALLAH.. Mari berperang melawan nafsu..
Semoga mereka yang ada kisah silam ini bertaubat..kembali ke jalan yang benar. Tiada dosa yang tidak diampuni ALLAH selain berpaling pada ALLAH.