Cabaran 30 hari blogging Day 9 : Selfie
- By:
- On:
- 0 Comment
Dulu lagi memang suka ambil gambar sendiri tapi tak dipanggil selfie sebab tak tahu. Ada yang cakap selfie ni Mr Bean yang mulakan dulu. Hebat hebat.. sampai jadi trend.
Arreessa pun tahu selfie tu.Dia cakap cikgu kat school bagitau ajak selfie. Cikgu zaman sekarang ..
Maryam yang 2bulan pun dah pandai selfie okey. Pandai tengok camera. Sikit sikit boleh la ye maryam. Jangan sampai obses. Yang tak tahan sanggup panjat , duduk di bangunan tinggi nak selfie. Motip?
maryam bam bam macam mama…
Selfie ni tak salah tapi jaga la aurat.jangan la selfie di dalam tempat tidur. Selfie masa buat benda benda yang boleh aib kan kita. Selain tu jangan la sampai bahayakan diri. Nak selfie punya pasal sampai jatuh bangunan. Adoii
Teringat pulak cerita Hantu Selfie lakonan zizan. memang hantu selfie sungguh. Setiap benda nak selfie. Tak sempat nak tengok sampai habis time tu. kena cari la cerita tu. Kelakar betul.Keras perut asyik gelak je
1 family giler selfie… layan je la ye.