Cameron Highlands
Sudah lama plan nak ke Cameron. Boleh tak saya tak pernah pergi.hehehe..walhal dekat je dengan KL kan? Plan punya la dah lama tapi mencari masa yang sesuai aje yang agak sukar.Setiap hujung minggu pasti ada sahaja aktiviti.
Akhirnya perancangan kami berjaya jua. 1hb February cuti hari Wilayah. Terus ambil cuti 30hb untuk ke sana. 2hb tu cytu jugak tapi saja taknak ganggu hari minggu.lagipun ada seminar leader Shaklee hari tu. Busy kan mama Arreessa 🙂
Betilak dari KL ke Cameron jam 10.00 pagi.Agak lewat tetapi pagi tu macam-macam hal pulak nak diuruskan termasuk order customer.Kena pastikan semua order dah dipos baru tenang nak bercuti bukan.
Perjalanan mengambil masa 2jam lebih.Kami guna laluan Simpang Pulai. Jalan yang agak besar dan selesa.