Demam Dilwale 2015
Membesar dengan cerita Shah Rukh Khan & Kajol la kata kan. Kalau zaman dulu fenomena dengan cerita Kuch Kuch Hota Hai sampai hafal setiap lagu dalam cite. Sanggup naik bas p rumah kawan sebab nak layan video Kuch Kuch Hota Hai. Zaman tu takde youtube. Guna pita tape tau. Lepas tu ayah beli video sendiri. sakan la melayan hindustan dengan adik beradik. Bertape tape setiap hari. Siapa pernah melalui zaman ni?
2015 ni gabungan paling meletops SRK & Kajol kembali selepas 20 tahun. mahu tak menggila semua orang termasuk la akhak..hihihii
Zaman dulu Dilwale tak layan sangat , Jadi macam blur sikit jalan ceritanya. Bila Dilwale 2015 ni gatai kaki nak ajak husband p tengok kat wayang. Baru la feel gediks lebih kan..
Tengok video klip Gerua pun nak giler tau. Scene yang sangat cantik. Ingat tak scene mereka menari di Pasir Hitam? Itu la Black Sand Beach, Reynisfjara Beach di Iceland
Salah satu tempat impian nak pergi bersama husband dan anak anak. Berjalan melihat dunia ciptaan ALLAH. Ada kawan Ainul pernah pergi last year. sejuk giler kat sana.
Ok sambung cite Dilwale.. Ainul sebenarnya belum tengok cerita ni lagi. Tengok video klip lagu je. Walaupun boleh download cerita ni kat internet ( tak tau la betul tak, viral kat fb ni) tapi hati tetap nak tengok dekat wayang.. masalahnya….. siapa nak jaga maryam dan Arreessa.huhuhuhuu
Minggu depan dah start sekolah. Time Arreessa pegi school boleh la curi curi p tengok. hihihi.. Cik Yam sila tidoq ye. tak pun mama tinggalkan dekat tok kejap. tengok kegigihan mak maryam ..
Demam Dilwale la katakan…..
Hehe. PG sampai sekarang demam dilwale. Bangun2 je td terus buka youtube and download gerdua 😉