Dinner 30 Tahun Jalan Pinggir

Dinner 30 Tahun Jalan Pinggir
Tahun lepas punya cerita. Tahun ni baru nak buat entry. jangan mare ye..
Dinner 30 tahun Jalan Pinggir. Dinner sempena 30 tahun kejiranan keluarga mertua saya. Family mertua duduk di rumah tu sudah 30 tahun bersama jiran jiran yang sama selama 30 tahun. Kagum tau. Lagi lagi yang duduk kat bandar ni. Susah nak jumpa . Husband saya duduk di Shah Alam sejak ibu mertua habis pantangkan dia pada tahun 1985. Masa tu Shah Alam pun takde apa apa pun lagi. Mak mertua cakap kalau orang tanya dok mana, kita cakap Shah Alam orang cakap dok dalam hutan. Masa tu Shah Alam ni jauh sangat dari KL dan penuh hutan. Sekarang? p KL pun dah kejap je sebab dah ada highway. Lambat sebab traffic jam 🙂
Dinner malam tu jugak turut meraikan kejayaan mak mertua saya yang mendapat gelaran sasterawan negara yang ke 13 dan wanita pertama yang menjadi sasterawan negara. 
1st time dinner di Kelab Darul Ehsan Shah Alam ni. Makanan malam tu sangat sedap. Berbaloi la.
sotong goreng . sedap !!

 

ayam masak apa tak ingat. tapi sangat sedap. ratah macamtu je. yummmyyy

 

kari fillet ikan. kari yang pekat, cukup rasa. superbbb
 Ada banyak lagi lauk, dessert malam tu. Semuanya sedap sedap. Siapa yang plan nak dinner or buat majlis boleh ke sini. tempat selesa, makanan sedap
kejiranan 30 tahun jalan pinggir. sekarang dah batch ke 3. zaman cucu cucu pulak.
30 tahun mereka berjiran, berkawan. kejiranan yang best. kalau ada kenduri, semua pakat nak sponsor itu ini. walaupun duduk di bandar semangat kejiranan macam di kampung tetap ada. mereka kira orang terawal yang duduk di Shah Alam.
Batch ke 2. adik beradik husband dan jiran jiran. Ada ramai lagi ni. ni baru suku rasanya. semuanya kawan bermain dari kecil sampai dah kawen.
Batch ke 3 Jalan Pinggir. ini pun baru suku yang datang. Sekarang zaman diaorang pulak . setiap petang ada je peluang mesti bermain sepanjang jalan.
‘..dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki’.  (An-Nisaa’ : 36)

Teringat satu riwayat yang menyatakan Empat Perkara yang Membahagiakan Orang Mukmin.Sahabat yang dirahmati Allah,

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Empat perkara yang membawa kebahagiaan rumah tangga iaitu wanita yang baik, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang baik.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Setiap manusia inginkan kebahagiaan dalam kehidupan. Tanpa kebahagiaan hidup manusia seolah-olah hilang keselesaan dan kesempurnaan. Nabi S.A.W. menjelaskan bahawa ada empat perkara yang boleh membawa kebahagiaan untuk orang mukmin iaitu

1. wanita yang baik .
2. tempat tinggal yang luas 
3. jiran yang baik dan 
4. kenderaan yang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge