Finishing School Trip… Part 4

I’m back…

Sambungan cerita jalan-jalan ke Langkawi lagi. Maaf la lambat updated. hehhee

Dari Pulau Beras Basah, kami ke tempat feeding eagle. Besar-besar helang kat situ, Arreessa punya la seronok menjerit ” AYAMMMM” lorrr itu bukan ayam sayang. ” BIRD” la 🙂

Feeling ala ala Horatio CSI Miami la konon 🙂

Buah hati saya & Arreessa 🙂
Selepas Feeding Eagle, kami ke Pulau Dayang Bunting. Berhati-hati kat sana banayak monyet. Gans-ganas pulak tu. Sila berjalan dalam kumpulan & JANGAN bawa beg plastik… AMARAN keras ye.kalau kena rampas dengan monyet sila jawab sendiri 🙂
Penat !! tangga mak aiii banyak giler.kurus mak 🙂

Hampir tiba dekat Tasik Dayang Bunting 
Cantik kan tasik ni. Tapi AWAS sangat dalam. 

Aktiviti lepak-lepak je..PANAS 🙁
Mari balik…..semput kena panjat tangga 🙁
Selesai sudah pengembaran 6 orang + 1 bayi ke Island Hopping. Memang TERBAIKKKK.. 
Kalau ke Langkawi tak sah la kalau tak Shopping kan??  tak sempat nak snap gambar shopping.Busy membeli-belah la katakan.hehehe..
Sedikit tips:
1. Kalau nak beli chocolate sila la ke Langkawi Saga. Sangat banyak pilihan
2. kalau nak beli pinggan mangkuk sila la ke Idaman Suri. Pengsan melihat pinggan mangkuk yang cantik & murah. Takpe lain kali pergi langkawi naik flight. Baru seronok borong 🙂
Sekian Wassalam….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge