Hadiah Hari Guru Pertama Saya
Hadiah Hari Guru Pertama Saya. cewahh dah gaya macam tajuk karangan UPSR pulak kan. hihi. Tapi betul ni nak cerita pasal hadiah hari guru pertama saya. tak sangka dapat hadiah walaupun bukan seorang cikgu sekolah

Ada juga hadiah lain tapi surat ini paling saya suka dan buatkan saya touch. Terharu bila anak murid berterima kasih pada kita.
Ehh Ainul jadi cikgu sekolah ke? Oh bukan jadi cikgu sekolah tau. Saya dengan suami ada ajar kawan anak anak , anak anak jiran, anak kawan Add math. Anak saya si Arreessa dah form korang. Blog ini wujud dari dia belum lahir tetiba dah form 4 huhu. dan dia ambil aliran Stem A ada add math. Suami saya memang top scorer add math, best student add math sekolah dan memang matematik tu makanan dia. jadi sebab minat dan sanbil nak ajar anak sendiri so ajar sekali kaan anak
@ainul_mustafa KELAS ADD MATH FREE Kelas di Setia Alam. Siapa berminat boleh follow @GILA-GILA ADDMATH atau hubungi Cikgu @MAT IKAN di 0108052717 #addmath #matematiktambahan #tuition #spm ♬ suara asli – supri91
Follow tiktok add math suami saya > Gilagilaaddmath
Anak murid kami ni memang rapat. Malah rapat dengan parents dia juga. dah macam anak sendiri. Exam add math kali pertama ramai fail tapi dia berjaya dapat no 2 tertinggi dalam kelas. dapat B+
Baru saya rasa perasaan cikgu bila dikatakan kejayaan anak anak murid tulah hadiah sebenar seorang guru. Happy sangat bila anak anak murid dulu matematik dapat C lepas belajar dengan suami dapat A.
Apapun masih awal lagi perjalanan korang. Teruskan usaha anak anak. Aunty dengan uncle sentiasa mendoakan Shaz, Arreessa dan kawan kawan 4AE, semua anak anak murid dapat A+ dalam SPM nanti. Aminnn
Hadiah Hari Guru Ikhlas Bukan Nak Menunjuk Kaya
Bercakap pasal hadiah hari guru, untuk hadiah hari guru anak anak , simple sahaja hadiahnya. Tapi special anak anak buat kad hasil kreativiti mereka. Lupa pulak nak snap gambar. Yang penting ikhlas. Taknak pasal viral baru ni di Threads ada ibu sanggup hutang RM4k tak bayar tapi kat media sosial canang bagi habib kat cikgu. Tak perlu la nak tunjuk konon kaya tapi berhutang. Kaya bila beli cash . Lagi kaya anak murid yang bagi cikgu gula gula sebiji tapi beli cash.
Ingatan pada diri sendiri dan semua. Apa yang kita ibu bapa buat akan jadi cerminan anak anak. Menghargai cikgu bukan hanya pada hadiah. Taknak hadiah kemain mahal belajar malas. ishhhh