Ikan Siakap 3 Rasa : Resepi senang dan pasti sedap
Ikan Siakap Goreng masak 3 Rasa
Bahan bahan:
1 ekor ikan siakap
minyak masak – untuk menumis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
1batang serai diketuk
Bahan kisar
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
Bahan Dihiris Halus:
1 batang kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi – ikut tahap kepedasan yang anda mahukan
1 batang serai
Bahan-Bahan sos
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos ikan
Cara Cara:
Ikan selepas di basuh bersih, lumur dengan kunyit dan garam. Goreng ikan sehingga garing
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan dikisar halus selama 1 minit.
Bila dah naik bau,masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak. Masak sehingga pecah minyak
Kemudian masukkan sos ikan dan bahan yang dihiris halus dan serai yang di ketuk.Masak hingga kuah pekat sedikit dan masukkan gula dan garam.
Bila sudah siap, tuang kuah ke atas ikan yang sudah di goreng
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.