Isu Dr Harlina Siraj

Isu Dr Harlina Siraj
Walaupun isu ini dah seminggu lebih berlalu tapi Ainul nak share jugak pendapat Ainul. Ramai yang hentam Dr Harlina cakap poyo la apa la tetapi Ainul sokong tindakan Dr Harlina. Ainul sangat meminati Dr Harlina. Beliau bukan sahaja doctor pakar sakit puan tetapi seorang pendakwah, aktif dengan kerja sosial. Nak jadi hebat macam beliau

Isu kecoh 1 Malaysia apabila Dr Harlina tegur seorang peniaga yang panggil dia ” awak” padahal Dr Harlina dah beritahu siapa dia. Ok tak kisah la peniaga tu tak kenal siapa Dr Harlina tetapi sebagai peniaga kena biasakan diri panggil pelanggan ” PUAN, TUAN”

Bukan peniaga sahaja. Apa jua pekerjaan dan dengan siapa kita berurusan biasakan diri dengan panggilan “puan, tuan” itukan bahasa rasmi.


Cuma bayangkan kita call bank ” Hello Saya Puan Ainul nak tanya pasal loan ” dan bayangkan orang bank jawab ” ye awak…loan…. “

Comel ke bahasa sebegitu? Bahasa menunjukkan budi pekerti, attitude kita.

Nampak macam ala benda ni pun nak sensitif. Ye sensitif sebab ianya menunjukkan siapa kita.

Pengalaman bekerja di company GLC dulu sangat tegas bab ini. Walaupun kita nak email, bercakap dengan technician, tukang sapu sekali pun panggil puan, tuan dulu. Bila dia bahasakan diri saya, akak ke baru la tukar.

Sama juga kalau kita masuk kedai , butik orang panggil kita ‘ makcik, pakcik ” .. mungkin kita tak kisah . tapi kalau dia panggil ” puan, encik ” kan lagi molek. dari nak beli 1 terus beli 10.

Teguran Dr Harlina untuk kita generasi muda. jangan selalu ambil mudah dalam semua hal.

Bahasa menunjukkan bangsa dan siapa kita.

2 thoughts on “Isu Dr Harlina Siraj

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge