Kembali bersilat….

Sebulan lebih dapur rosak… maka sebulan lepas puasa memasak… best kan…
Best ke? Mula mula tu best la lama lama bosan bila asyik makan kat kedai je. Husband tak bising ainul yang bising.. tekak ni nak jugak makan makanan masak sendiri walaupun takde la pandai masak.
Masak sendiri ikan goreng, telur goreng pun sodap tau.. nasi panas panas dengan sambal belacan.pehhh!!! Terangkat uolsss
Hari ni merasmikan dapur baru.. dapur lama sudah rosak tak boleh ON apinye
Hasil bersilat hari ini… khas untuk kakak Arreessa yang suka sangat ikan siakap

Siakap masak pedas..feberet Arreessa & husband. Sayur bayam merah..
Simple je.. tapi habis licin.hehehe
Maryam pun hari ni makan nasi dengan bayam. Berselera makan ..mulut makan mata tengok Hi 5
Korang masak apa hari ni? 

Comments

  1. Najib Ariyan says:

    Salam kenal…

    yg simple simple tu yang sedap sebenarnya… janji panas janji makan ramai2… mesti jadi sedap… ikan goreng, sayur air ngan sambal belacan dan nasik panas… layannnnn… nikmat nya sampai ke petang…

    salam singgah

  2. ainul says:

    hai najib. betul betul.yg simple tu kdg2 terlajak sampai nasi 2 pinggan.hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge