Kenapa Awak Cepat Sangat Besar…
Oh Dahlia kenapa cepat sangat dah 3 bulan awak ni.. Masih teringat terasa gegaran contraction dalam labour room tau. Tengok tengok awak dah 3 bulan.
Lahir 2.35kg.. 3 bulan berat 4.8kg. Oklah kan. ni pun dah rasa bam bam anak mama. Baju baju newborn semua dah ketat. Kita simpan aje la untuk next baby. ehhh.. kalau ada rezeki lagi la kan. Nak tunggu tahun 2020 sebab tarikh cantik..ehhh tetiba… Kasi mama rehat, mama nak p travel dulu
Alhamdulillah Dahlia tak banyak ragam. Kalau dia menangis meragam je tu bermakna dia demam, selsema la. Kalau dia sihat hepi je dia. senang tidur, senang dijaga la.
Demam selsema pun jarang. kalau ada pun kejap je dah sembuh balik. Bila menyusukan anak, bila anak tak sihat kita as mak ni pun kena jaga kesihatan. Makan makanan berkhasiat, ambil vitamin C lebih sikit. insyaALLAH anak cepat sihat.
Anak no 3 ni agak cool berbanding dengan no 1, 2.. memang gitu ke? Ramai juga cakap perangai anak no 3 lain sikit. Dahlia kecik lagi jadi belum muncul lagi perangai pelik. Kita tunggu aje la ye.