KOLEKSI EDISI TERHAD LEGO® SHELL V-POWER KINI BERADA DI STESEN SHELL

KOLEKSI EDISI TERHAD LEGO® SHELL V-POWER KINI BERADA DI STESEN SHELL

Shell telah melancarkan Koleksi LEGO® Shell V-Power terbaru, yang terdiri daripada pelbagai pilihan kereta mainan Ferrari yang diperbuat daripada kepingan bata LEGO. Koleksi terbaru yang boleh didapati di stesen-stesen Shell di seluruh negara seiring dengan semangat inovasi yang memacu kemajuan teknologi dan prestasi bahan api Shell V-Power.

Koleksi LEGO Shell V-Power yang dihasilkan melalui kolaborasi dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO ini memperkenalkan enam jenis model baru yang menjanjikan keseronokan kepada pelanggan dengan hanya mengisi bahan api atau berbelanja di Shell. 

Koleksi ini termasuk empat buah kereta ikonik Ferrari, set Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan Jurutera Ferrari Scuderia LEGO, dan set Stesen Shell seperti yang terdapat di Litar Fiorano, iaitu litar lumba persendirian milik Ferrari Scuderia di Maranello, dengan patung mainan Saintis Shell LEGO.

Dengan pembelian minimum Shell V-Power dan Shell FuelSave sebanyak RM40 atau pembelian minyak pelincir Shell Helix sebanyak 4 liter, para pelanggan berpeluang membeli satu daripada enam model LEGO yang berharga antara RM9.90 dan RM13.90.

Para pemandu turut berpeluang membeli Lori Tangki Shell edisi terhad pada harga RM9.90 dengan setiap pembelian Shell V-Power sebanyak RM40 atau pembelian Shell Helix HX5 & HX7 (4 liter), dan secara PERCUMA dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra (4 liter).


Koleksi LEGO® Shell V-Power

Koleksi edisi terhad ini meraikan Perkongsian Teknikal selama 60 tahun antara Shell dengan Scuderia Ferrari ke arah keunggulan prestasi. Shell telah bekerjasama dengan Ferrari dan Kumpulan LEGO selama lebih enam bulan untuk menghasilkan kereta dan set mainan yang baru. Model kereta dalam koleksi baru ini sekali lagi menampilkan motor tarik ke belakang paling kecil yang pernah dihasilkan oleh Kumpulan LEGO. Model ini direka khusus untuk Shell bagi menggerakkan kereta sejauh lebih 2 meter dengan satu tarikan.

Model-model baru akan diperkenalkan setiap Ahad mulai 1 November hingga13 Disember 2015, dan boleh dibeli sehingga 31 Januari 2016 atau sementara stok masih ada.

Susunan ikut jam dari atas sebelah kiri: set stesen Shell dengan patung mainan Saintis Shell LEGO; Garisan Penamat dan Podium dengan patung mainan Jurutera Ferrari Scuderia LEGO; kereta Ferrari F12berlinetta; kereta Ferrari 512 S; kereta Ferrari F138; dan kereta Ferrari 250 GTO.

Para pelanggan juga digalakkan untuk berkongsi gambar-gambar koleksi LEGO Shell V-Power dan detik-detik indah bersama orang tersayang dengan menggunakan hashtag #ReadySetBuild.

Shell turut menjemput orang ramai untuk mengunjungi pusat aktiviti LEGO Shell V-Power di Sunway Pyramid (5-8 Nov) dan Plaza Gurney, Pulau Pinang (12-15 Nov) di mana mereka berpeluang untuk menyaksikan kereta Ferrari model LEGO secara lebih dekat dan menikmati permainan interaktif dan pelbagai aktiviti menarik.

Trak jelajah bergerak juga akan membawakan pengalaman LEGO Shell V-Power kepada orang ramai melalui replika LEGO kereta Ferrari Scuderia Formula One bersaiz sebenar ke Lembah Klang, Ipoh, Melaka dan lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan dan aktiviti-aktiviti lain, sila layari www.shell.com.my/lego.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge