LATUR : one stop centre perkahwinan di Shah Alam
- By:
- On:
- 10 Comments
Asal sebut nak beli barang nak kawen mesti terlintas kat fikiran kita jalan TAR atau Nilai. Takpun GM Klang.
Tahu tak kat Shah Alam ada one stop centre Perkahwinan. Rasanya ramai tak tahu kan. Ainul pun baru tahu. Gara gara adik nak kawen…
Asalnya mak ajak ke Jalan TAR. Ke Jalan TAR di hari weekend? Oh ! Tidak!!! Harus la berhimpit, susah parking. Memang tak suggestkan kat mak.
Sekali mak cakap kat shah alam ada one stop centre barang perkahwinan. Eh? Kat mana pulak..tak pernah dengar..
Apa lagi.. tanya Mr Google la. Terjumpa la LATUR…
Pernah dengar? Latur ni terletak di Seksyen 16 Shah Alam. Ala area Alam Avenue menghala ke Padang Jawa.LATUR ni ada 4 tingkat. Tingkat bawah ada reben, manik..
Macam macam jenis warna benang…
Tingkat 1 ada jual paper bag, kotak door gift. Kat sini diaorg ada buat tempahan buat hantaran jugak
Di tingkat dua terdapat banyak bunga bunga hiasan.. macam taman je..
Ada lift..jangan risau ye..hehe
paling menarik adalah tingkat atas sekali iaitu songket. Saya bukan la peminat songket sangat tapi menarik sebab…..
Ada tempat tenun songket. Bukan senang dapat tengok secara live. Akak sales kat sini cakap mereka memang tenun songket kat sini. Tak perlu dah p terengganu nak tengok orang tenun songket.
Kain songket siap untuk dijual….
Lace pun ada cuma tak banyak pilihan.apapun pilihan yang ada agak menarik
Cik yam pun nak shopping…
Hasil borongan kami….
Kenapa bakal pengantin… kepada mereka yang.nak mencari paper bag, doorgift boleh la datang ke.LATUR ni.
Lokasi LATUR boleh refer di sini
Selamat bershopping…
Interesting ada tmpat tenun songket..
Mudah bakal pengantin nak cari barang
CENDOL SEDAP
Ada urusan di Shah Alam/Klang/USJ Subang Jaya i.e Summit USJ, Sunway, Alam Sentral, Kota Kemuning, SACC Mall, I-City, Wet World, ADTEC, CIAST, WISMA GM, UITM, UNISEL, MSU, POLITEKNIK Shah Alam atau sebagainya. Tempahlah homestay kami yang berdekatan dengan harga murah & berpatutan (RM180/semalam) dan boleh layari INTERNET @ UNIFI percuma. Layari blog kami untuk info terkini di http://onlinebookinghomestay.blogspot.com
p/s: perkhidmatan sewa harian juga disediakan
Jemput datang ke kedai HANTARANKU di B1-11-G ground floor SPACE U8 BUKIT JELUTONG Shah Alam
insyaALLAH. terima kasih kerana menjemput
menarik barang2 nya…sedap mata memandang
banyak barang yang menarik.
Malangnya kedai ni dah tutup..mungkin telah berpindah ke tempat lain. Kalau nak cari bunga untuk hantaran di Shah alam baik pergi ke Plaza alam Central tingkat paling atas kedai romantika banyak pilihan bunga yang menarik dan cantik. Harga pun berpatutan.
dah tutup ye. sebab tersorok kedainya. romantika ok la tp dia jual bunga je bukan barang perkahwinan. p GM pun ok jugak kan. banyak pilihan
laa..yke dah tutup.baru ingt nak pergi tengok… kena g gm jgklah klu mcm ni.. thnk you sis for the info.
Betul dik kak imah setuju 100% x laa nak berasak sesangat. Harini ni nk pegi check tmpt tu tq. 21/1/2019