Masalah keputihan ketika hamil

Masalah keputihan ketika hamil

Keputihan masalah biasa wanita, namun adakah ia juga akan normal bagi ibu hamil. Sebarang masalah yang dihadapi oleh ibu mengandung harus dipantau dan diperiksa segera, dengan ini rawatan segera boleh diambil setelah mengesan perubahan yang tidak normal berlaku.

Keputihan Normal

Perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil tidak mengecualikan meraka menghadapi masalah keputihan atau leukorrhea,iaitu lelehan keputihan yang nipis dan kurang berbau dari vagina. Leukorrhea adalah normal semasa hamil dan tidak perlu di bimbangkan. Hormon estrogen yang membantu aliran darah ke bahagian pelvik dan meransang selaput lendir badan (leukorrhea) semasa hamil. Ia melindungi saluran kelahiran daripada jangkitan dan mengekalkan flora bakteria yang seimbang dan sihat dalam faraj.

Keputihan Tidak Normal

Namun begitu, masalah keputihan ketika hamil boleh juga menjadi tidak normal apabila keputihan berwarna hijau atau atau kekuningan, berbau kuat dan disertai oleh kemerahan dan kegatalan. Ia mungkin jangkitan faraj yang paling biasa semasa mengandung seperti Candidiasis, juga dikenali sebagai jangkitan yis. Jangkitan ini mudah dirawat. Satu lagi punca lelehan keputihan semasa mengandung yang tidak normal disebabkan oleh penyakit jangkitan seksual (sexually transmitted disease)

Tanda Ibu Hamil Mengalami Keputihan

Lelehan faraj yang lebih banyak daripada biasa adalah normal bagi wanita hamil. Lelehan yang sihat bersifat cair dan berwarna seperti susu. 

Tetapi ianya BAHAYA jika anda mengalami keputihan :

  • Lelehan menjadi pekat, berwarna putih seperti krim atau seperti keju kotej
  • Gatal, sakit atau warna kemerah-merahan di dalam atau sekeliling faraj atau punggung
  • Sakit apabila bersama suami
  • Sakit apabila membuang air kecil

Faktor penyumbang kepada Keputihan

Keputihan diakibatkan oleh kulat mikroskopik atau yis yang dipanggil candida albicans. Kulat ini ada dalam badan setiap orang. Ia merupakan sebahagian daripada sistem penghadaman dan secara umumnya, bakteria dalam badan mengawalnya.

Biasanya ia hidup dalam faraj tanpa memudaratkan dan kita mungkin tidak tahu ia berada dalam badan. Namun masalah timbul apabila terdapat ketidakseimbangan diantara jumlah yis dan mikro-organisma lain dalam badan. 
Anda lebih berkemungkinan mengalami keputihan jika:

  • Semasa hamil, faraj mengandungi gula yang tinggi yang dipanggil glikogen, dan ini menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Memakai pakaian ketat atau yang diperbuat daripada bahan sintetik, seluar jeans atau seluar dalam daripada nilon. Pakaian seperti ini panas dan menghalang peredaran angin, lantas menggalakkan pertumbuhan keputihan.
  • Menggunakan mandian buih berwangian atau pelapik seluar dalam beraroma yang mungkin menyebabkan ketidakselesaan.
  • Anda mengambil antibiotik. Antibiotik boleh mengganggu keseimbangan di antara mikro-organisma baik dan jahat yang tinggal di dalam perut anda.
  • Mengalami kencing manis atau diabetis gestasi yang tidak dikawal dengan baik.

Rawatan

1.Doktor akan memberi ubat jenis pessari atau krim anti kulit yang sesuai digunakan pada tahap kehamilan. 

2.Anda mungkin memerlukan rawatan penuh selama tujuh hari untuk menghapuskan keputihan dengan sempurna.

3.Sapukan yogurt asli dengan bakteria hidup ke dalam dan disekeliling faraj.
Pakai seluar dalam kapas, seluar panjang yang longgar atau kain.

4.Jangan berendam dalam mandian panas terlalu lama kerana ini menyediakan persekitaran yang hangat dan lembap yang sangat sesuai untuk pembiakan kulat. 
5.Jangan gunakan mandian buih yang mengandungi pewangi.

6.Lap punggung hingga ke bahagian hadapan sehingga benar-benar kering selepas anda ke tandas.

7.Pastikan faraj anda cukup basah sebelum anda bersama suami.
8. Petua orang lama menggunakan sirih. Tips nya di SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge