Menjadi working at home mom
9 bulan bergelar working at home mom. Best tak? menyesal tak resign as engineer dulu? Itu la soalan cepu gangsa ke perak orang kepada saya bila tahu saya sekarang bekerja dari rumah. Satu je jawapan saya iaitu HAPPY. Saya happy bekerja di rumah, saya HAPPY resign dulu. Kepuasan yang teramat sangat
Apa yang mempengaruhi saya menjadi working at home mom ( WAHM)
Pengaruh mentor saya Hadhatina. Dia la yang membuka mata saya yang menjadi WAHM ni best giler. Tak pernah terlintas nak bekerja di rumah dulu. Tahu keje makan gaji. Cukup bulan gaji dapat. Bila nampak mami hadhatina ni asyik post di FB pasal anak anak dia, duduk rumah dengan anak-anak. Ainul rasa cemburu.Ainul sibuk kejar apa entah sehingga balik 10malam, 3pagi pun pernah. Tengok tengok Arreessa dah membesar. Belum kira p outstation, weekend tinggalkan dia sebab kena jaga site, event.
Apa PUSH FACTOR saya menjadi WAHM ?
Harusla nak-anak. Setiap kali tinggalkan Arreessa , dalam perjalanan keje saya mesti nanges. Lebih-lebih lagi kalau kena keje lebih masa. Pukul 5.30 petang patut dah balik keje ni time tu la baru nak start meeting. confem sampai rumah jam 9, 10 malam. anak pun dah tidur.esok 6.30pagi kena keluar p keje.anak belum bangun. Arreessa seolah faham 6.30pagi saya dah nak keluar rumah jadi pukul 6pagi dia akan bangun. sempat la main dengan dia kejap sambil sibuk nak iron baju, pakai tudung.
Arreessa pernah jatuh sakit dan masa sakit dia cakap ” kalau mama sayang Arreessa, jangan la pegi work ”
SPEECHLESS !!! hanya air mata yang mampu mengalir. Maafkan mama sayang. kalau la mama boleh undurkan masa..
Tahniah ainul,kagum!
semoga makin murah rezeki ainul sekeluarga pasni,
TQ na. good luck kt na jgk. semoga boleh buka bakery sendiri.
tahniah kak..
doakan saya mampu berjaya seperti akak juga