Menu Sahur Untuk Anak Susah Makan Sahur
Ramadan bakal tiba tak lama lagi. Dah siap ke semua persiapan nak sambut Ramadan ni? Persiapan ni bukan untuk kita ibu bapa je tapi juga anak anak. Terutama anak anak yang baru nak belajar berpuasa tahun ni. Mesti terfikir macam macam termasuk la menu sahur untuk anak kan? Lgi menu sahur untuk anak yang susah liat bebenor nak bangun sahur. Jom kita tengok beberapa menu yang anak anak saya suka
Menu Sahur Untuk Anak Susah Makan Sahur

- 15 biji Roti bun mini
- 15 pcs Nugget ayam/isi ayam
- 4 keping Keju cheddar dipotong 4 bahagian
- secukupnya Salad
- Mayonis
- Sos cili
- Mentega
- Sediakan bahan2. Goreng nuget sehingga keemasan.
- Roti bun dibelah dua dn disapukan mentega. Bakar sekejap diatas kuali.
- Susun roti dan letakkan mayonis, salad nuget dan sos.
- Letakkan keju cedar yang telah dipotong empat. Dan akhir sekali letakkan roti bahagian atas.
- Siap dihidangkan

Ni menu paling anak anak saya suka. Agak agak rroti kat rumah banyak lagi tapi dah dekat nak expired. Buat je pizza ni terus laju je habis. Nak buat nya pun senang. Saya pernah buat dulu. Boleh baca kat sini
1bungkus roti gardenia
Daging kisar- ainul beli cap ramly je.sonang
5-6 biji cili padi- ikut tahap kepedasan masing2 ye
2 biji cili merah
2-3 ulas bawang merah * kisar
2-3 ulas bawang putih *kisar
1 tin Tomato pes
2-3 sudu cili giling/ cili boh
1peket cendawan
cheese parut
Cara-cara
1. Masukkan sedikit minyak.
2. Tumis bahan-bahan kisar
3. Bila dah naik bau, masukkan pes tomato & cili boh.
4.masak sampai garing
5.Masukkan daging kisar.goreng hingga garing & kering sikit.
6.Masukkan cendawan, cili padi, cili merah, gula, garam
6.Asingkan daging.
7. Ambil 1 keping roti , letakkan daging tadi atas roti.
8.Taburkan cheese parut di atas daging tersebut
9. Bakar 10minit untuk bagi cheese tu cair.
10.SIAP
Selamat mencuba :)))


-
1 bungkus roti kepingKelas Memasak
-
1 pek sosej
-
1 mangkuk bread crumbs
-
1 paket kepingan cheese
-
2 biji telur
-
sedikit garam
-
Panaskan air dan rebus sosej anggaran 3 minit. Angkat dan toskan.
-
Kacau telur dan masukkan sedikit garam.
- Ambil sekeping roti dan leperkan roti dengan menggunakan roll kayu.
- Letak kepingan cheese di atas roti diikuti dengan sosej. Gulung dengan kemas dan celup ke dalam telur.
- Selepas itu golek-golekkan roti ke dalam serbuk bread crumb sehingga semua bahagian disalut sekata.
- Goreng roti di dalam minyak panas sehingga kekuningan. Angkat dan sejukkan.