Milk Booster perlu ke?

Milk Booster perlu ke?

Makan la ini, itu nanti susu banyak. Confirm ke susu banyak?? 

Tiada benda yang 100% boleh janjikan susu akan jadi banyak melimpah ruah kalau tak buat benda- benda asas dalam penyusuan. 

Kalau datang makanan dari langit pun belum tentu susu boleh sampai 1000oz kalau malas nak pump. 

Milk booster sebenarmya makanan yang menggalakan kan penghasilan susu tetapi kena turut sekali dengan prinsip asas ye. 

Milk booster boleh jadi nasi, mee, jantung pisang, pegaga dan macam-macam lagi. Cuma macam jantung pisang bukan senang nak dapat yang fresh dan kalau ada belum tentu suka makan. Takkan hari-hari nak makan jantung pisang kan? kesian pisang. Sudah la berbuah sekali je. Jantung pun sekali je la kan.hehehe

Apa yang WAJIB anda tahu adalah Prinsip Asas Penyusuan.

Prinsip Asas Bagi Menjayakan Penyusuan adalah :

1. Kekerapan penyusuan.

Penyusuan ni konsep asas dia adalah supply on demand. Tiada permintaan maka tiada la hasilnya. Macammana nak hasilkan permintaan? senang aje. Permintaan itu adalah kekerapan menyusukan anak secara langsung atau secara pumping. Jika anda surirumah dan sentiasa bersama dengan anak maka permintaan akan berlaku setiap kali anak menyusu. Bagi ibu yang bekerja, kekerapan pumping adalah satu aktiviti untuk merangsang permintaan. Kalau boleh pump di opis tu setiap 3-4jam sekali.

2. Fikiran yang Positif.

Berfikiran positif bahawa susu kita cukup untuk anak kita. Sila jangan bandingkan susu kita dengan orang lain. itu rezeki anak dia. Walaupun pump dapat 2-3oz, YAKIN bahawa susu itu cukup untuk anak kita. 

4. Minum Air Dengan Banyak

Ini selalu ibu-ibu tak buat. Iaitu minum air 3-4 liter sehari. dah minum banyak? tapi cukup tak 3-4 liter??

5. Menjaga pemakanan

Menjaga pemakanan termasuklah dengan pengambilan air yang selari dengan keperluan tubuh. Ibu yang menyusukan anaknya perlu memastikan pengambilan makanan hariannya mengandungi semua zat yang lengkap dan diperlukan oleh si anak yang menyusu tadi.
Seorang ibu itu dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh anak susuannya melalui susuibu walaupun si ibu itu hanya mengamalkan makanan harian utama iaitu sarapan, makan tengahari dan makan malam. Ini kerana semua makanan yang diambil oleh si ibu tadi akan dikhususkan untuk menghasilkan susuibu manakala nutrien akan diserap melalui badan si ibu itu sendiri dalam penghasilan susuibu.
Walau bagaimanapun si ibu tadi diwajibkan memastikan pengambilan makanan harian yang seimbang iaitu perlunya kehadiran zat2 penting seperti zat besi, protien, vitamin C, Vitamin B , kalsium serta banyak lagi dalam makanan yang diambil.


Pentingkah makanan yang seimbang?
Makanan yang seimbang dan lengkap dengan zat yang diperlukan sangat penting dalam memastikan badan si ibu sihat dan terus dapat menghasilkan susu dengan baik.

Jika si ibu tidak mengambil makanan yang seimbang, kebarangkalian bagi si ibu tadi mendapat kesan yang berikut:
· Mudah keletihan.. awal tidur tetapi masih susah untuk bangkit dari tidur.
· Mood yang tidak stabil (mood swing). Mudah marah dan sensitif.
· Muka kelihatan pucat.
· Mudah rasa nak pitam atau pening kepala.
· Kulit wajah yang kusam.
· Wajah nampak tua dari umur sebenar.
· Sakit2 sendi, sakit pinggang, sakit belakang
· Kaki mudah rasa bisa dan sesemut atau nama lainnya kebas2, tumit kaki yang keras.
· Keguguran rambut yang teruk.
· Keinginan seks yang menurun.
· Sakit gigi.

6. Doa & Zikir

Doa setiap masa. ALLAH MAHA PEMBERI REZEKI. Setiap kali solat jangan lupa mohon supaya ALLAH mudahkan perjalanan kita untuk menyusukan anak. Jangan lupa juga SOLAT DHUHA. jangan ingat solat dhuha untuk business aje ye. Solat Dhuha semua orang perlu buat. rezeki bukan datang dari wang ringgit sahaja.

Selalu la amalkan zikir YA WAHAB, YA KARIM.

DOA untuk Ibu Menyusukan Anak

Good Luck kawan-kawan yang masih menyusukan anak. Jangan Give Up okey 🙂

2 thoughts on “Milk Booster perlu ke?

  1. Terima kasih di atas tip yang dikongsikan ini. Moga dapat dijadikan panduan oleh ibu-ibu yang baru mula nak menyusukan anak. Perlu diingat bahawa susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge