New Zealand Food Connection 2016

New Zealand Food Connection 2016
Sebut pasal new zealand mesti terbayang All Blacks , Lord Of The Rings, Hobbit. New Zealand juga terkenal dengan hasil product nya yang sangat bermutu tinggi.

Baru baru ini, Ainul telah dijemput ke New Zealand Food Connection di Intercontinental Hotel Kuala Lumpur. Di majlis ini kami telah diperkenalkan dengan pelbagai product New Zealand yang baru dan telah ada di pasaran Malaysia

Turut ada demonstrasi memasak oleh Chef Intercontinental Hotel dalam memasak hidangan salmon dari New Zealand yang sememangnya salmon berkualiti tinggi.

Antara tips dari chef , masak salmon ini seperti melayan seorang puteri. Jadi kena berhati hati tidak boleh terlebih masak nanti isi ikan salmon akan jadi liat.

Pameran product product dari New Zealand. Ada yang sudah lama berada di Malaysia dan kita sendiri biasa makan, gunakannya dan ada beberapa product yang bakal masuk ke parasan Malaysia

Anchor antara product yang sudah lama di Malaysia. Boleh di dapati di mana mana pasaraya. Selalu product Anchor kita guna seperti cream cheese, keju , cooking cream.

Sayuran segari dari New Zealand. Yang paling menarik adalah purple carrot. Susah hendak dapat lobak ungu di pasaran Malaysia. Lobak ungu banyak khasiat nya.

siapa peminat chia seed? chia seed ni banyak khasiat nya tau. Selalu kita jumpa chia seed kering. kali ini di new zealand food connection, terdapat chia seed yang telah dibotolkan. kita boleh terus minum dan senang bawa ke mana mana. Dengan pelbagai perasa buah yang sedap seperti blueberry + apple, orange passionfruit + apple.  Chia seed ini boleh di dapati di Jaya Grocer

New Zealand antara negara yang sangat mementingkan kualiti makanan dan kebanyakkan product New Zealand adalah organik.

snack apple yang dikeringkan. sedap

snack potato yang sihat

peanut butter organik

Seperti snack potato ini dibuat dari kentang non gmo. Non gmo ni adalah sumber yang tidak diubah genetiknya. Kebanyakkan product snack dibuat dari kentang gmo. Jadi jom pilih product non gmo untuk lebih sihat.

Banyak lagi product New Zealand yang menarik di Food Connection ini. Untuk Maklumat lanjut boleh ke website mereka di http://www.newzealand.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge