Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di
dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera
mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu
membacanya.Kosupah membantu ibu:Tolong pergi kedai $4.00
Tolong jaga adik $4.00
Tolong buang sampah $1.00
Tolong kemas bilik $2.00Tolong siram bunga $3.00
Tolong sapu sampah $3.00
Jumlah : S$17.00Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu
di belakang kertas yang sama.Kos mengandungkanmu selama 9 bulan – PERCUMAKos berjaga malam kerana menjagamu – PERCUMAKos air mata yang menitis keranamu – PERCUMAKos kerunsingan kerana bimbangkanmu – PERCUMAKos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku – PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si
anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,”Saya Sayangkan Ibu”. Kemudian
si anak mengambil pen dan menulis’Telah Dibayar’ pada mukasurat yang
ditulisnya.Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,”Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?”
Rasulullah menjawab,”Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu,
kemudian saudara-saudara
terdekatmu.”huhuhu…rindu kat mak…i LOVE mak