Pagi Raya Aidiladha
Raya Aidiladha kali ni takde la baju baru. sebab banyak lagi baju dalam almari tak pakai lagi.huhuuhu.. jadi misi memapai baju apa yang ada. yang belum jahit pun banyak lagi. Beli kat Brunei setahun lepas pun belum jahit. Husband dah jeling.hihiihihii
Ainul pakai baju kurung pahang. baju ni beli di vietnam by my sister Aini. yang suka sebab beads penuh baju. kalau korang zoom, beads penuh pada dada sampai ke perut. Jahitan sangat kemas. kat tangan pun ada tapi tak sarat sangat.
Shawl tiada brand sebab my sister yang belikan. Suka warna mint ni sebab rasa macam kena dengan warna kulit ainul. Rasa ayu gitew… hihii
Benda best nak share pasal baju kurung ni lagi.. Kalau harga di Malaysia mahu RM150-RM200 atau mahal lagi sebab beads penuh. Padat dan banyak. Beli di Vietnam tak sampai RM100. Ainul bagi RM300 kat adik ainul , dia beli hampir 5-6 pasang baju kurung penuh dengan beads. jatuh dalam RM50 sepasang. Mana nak dapat di sini. Next time p Vietnam borong banyak-banyak jual kat Malaysia 2-3 kali ganda.. makcik kayooooo
Fesyen Maryam ni rotate baju Raya Puasa hari tu je. Masa Raya Aidilfitri belum boleh jalan. Raya Aidiladha ni dah boleh jalan comel la sikit nak pakai kebaya. Cuma kuruih bebenor cik yam. kalau bolat sikit comel la pakai kebaya kan..
Apa fesyen raya Aidiladha korang?
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini http://www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂