Pasar malam Tanah Rata Cameron Highlands

Pasar malam Tanah Rata Cameron Highlands
Sambungan cite jalan jalan terjah Cameron Highlands. Konon plan asal nak masak di homestay. Sekali semua dah pancit maka kita beli ajo la. Kebetulan bila ke pekan Tanah Rata tu ada pasar malam pulak. wah!! ini sudah best!
Pasar malam Tanah Rata ni dekat dengan deretan kedai kedai. Korang cari je Maybank area Tanah Rata. Dekat area situ la. 
Pasar ni takde la besar sangat. Ok la untuk beli makanan sikit sikit. Kami beli sayur dan benda yang nak dibuat sarapan esok. 
  
makanan yang dijual sama je dengan pasar pasar malam yang lain. takde la yang special sangat.
Korang kalau p pasar malam ni pastikan pakai baju sejuk. bila dah hampir malam, mak aii sejuk kemain. ketaq kaki tangan
Lapoo punya pasal , kami makan kat food court sebelah pasar. 
muka kelaparan. dah la sejuk.lagi la lapo. kt sini ada jual steamboat. tapi lapo sangat order benda paling cepat siap.haha
Nasi kukus ayam berempah. sambal pedas giler nak mampos. tapi sedap. tangan gigil sejuk mulut kepedasan. boleh bayangkan tak? 
nasi goreng biasa husband punya. sedap tau. tak tau la kalau kami memang lapo. jadi semuanya sodapp
Ni senarai pasar malam di Cameron highlands. Boleh la pegi kalau time korang pergi ada pasar malam ni.
SENARAI
PASAR DI DAERAH CAMERON HIGHLANDS

BIL

 PASAR MALAM

HARI

MASA

 1.

Lembah Bertam

Ahad

3.00 PM – 11.30 PM
 2. 
 Ringlet
 Selasa
 3.00
PM – 11.30 PM
 3.
 Tanah
Rata
 Ahad,
Sabtu
 3.00
PM – 11.30 PM
 4.
 Berinchang
 Jumaat
dan Sabtu
 3.00
PM – 11.30 PM
 5.
 Tringkap
 Jumaat
 3.00
PM – 11.30 PM
 6.
 Kuala
Terla
 Rabu
 3.00
PM – 11.30 PM
 7.
 Kampung
Raja
 Isnin
 3.00
PM – 11.30 PM

BIL
PEKAN
SEHARI

HARI

MASA

 1.

Pasar Pagi Tanah Rata

Ahad

7.00 AM- 12.00 PM
 2.
 Pasar
Pagi Brinchang (FAMA)
 Ahad
 7.00
AM- 12.00 PM

Orang cakap pasar malam Brinchang lagi besar dan best. kami pergi hari ahad hari tu. jadi terlepas la. Takpa next time boleh p lagi… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge