Pengalaman Diet Intermittent Fasting (IF) -61kg ke 50kg

Pengalaman Diet Intermittent Fasting (IF) -61kg ke 50kg

Diet Keto, atkins, suku suku separuh, puasa, Intermittent Fasting (IF) , eat clean dan macam macam nama la untuk turunkan berat ni. sampai confuse mana satu yang betul dan berkesan. Hari ni saya nak berkongsi Pengalaman Diet Intermittent Fasting (IF) . Dan kami jadikan ianya lifestyle harian bukan sekadar nak kurus. Ingat tak entry saya ni nak diet kena jadikan lifestyle

Selepas bersalinkan Dahlia , berat kejap naik kejap turun. kemuncak berat naik sampai 63kg tau. dan mungkin masa tu Dahlia pun dah kurang menyusu. tinggi ainul 151cm je jadi kalau berat 61kg tu memang rasa rendang betul la dan bila start buat dengan suami sikit demi sedikit berat berjaya turun ke 56-55kg dan Ainul masih menyusukan Dahlia masa ni

Pengalaman Diet Berjaya dengan Intermittent Fasting (IF)

Bila dah makin berusia nak masuk 40an ni makan sikit pun berat cepat je naik. huhuhu. dan beza kalau diet jaga makan dengan tak jaga. berat mungkin turun tapi otot tak cukup nampak tua dari usia sebenar. tu pun menakutkan juga kan hehe

tengok la masa berat 60kg tu. tengok lengan pun seram weiii huhuhu. cepat penat, nak kejar main dengan anak pun malas. dan paling risau adalah penyakit macam darah tinggi, kencing manis akan mula datang. jadi sebelum kena kita usahakan mencegah

Seronok buat diet IF ni sebab boleh buat sama sama suami. kalau pasangan korang kurus pun boleh je buat IF ni. nak sihatkan.

Pengalaman Diet Intermittent Fasting (IF)

Tabiat makan kami punca gemuk

Saya dan suami memang suka makan dan saya suka masak walaupun tak tau la sedap ke tak. kami memang jenis berselera makan. 2-3kali tambah nasi tu biasa. Pagi makan nasi lemak roti canai, tengah hari makan nasi lauk macam macam, malam makan nasi tomyam ikan siakap 3 rasa la. kudap pulak pisang goreng, keropok lekor la. fuhh !!

sedapnya bercheese, berlemak

Minuman pulak Ainul hantu 3in 1. Sehari 2-3 sachets tau. kalau makan kat kedai nescafe tarik tu wajib order. cuma air kotak, air gas memang Ainul jarang la minum pun. minuman manis buat kita craving tau. tak kena sehari rasa menggigil nak marah orang. suami pulak suka teh tarik.

Petang petang pulak craving lapar beli pisang goreng. beli bukan nak sikit sikit. beli banyak makan banyak baru puas hati kan. kenyang perut. Malam sambung makan berat lagi

kesimpulannya keje asyik makan je. sikit sikit makan. manalah badan tak dipump pump

Pengalaman Diet Intermittent Fasting (IF) -Tabiat makan kami punca berjaya kurus

Bila dah tekad dengan suami nak turunkan berat.kami buat sama sama. kebetulan kami bermula bulan puasa. dan masa syawal pun kami berjaya kawal makan dengan cara IF ni. bayangkan open house banyak tapi kami berjaya lakukan. pergi juga open house, makan juga dengan gembira.

Masa raya ni dah berjaya turun ke 56kg. dan kami sambung sampai Aidiladha dan berjaya turun sampai ke 51.3 kg . Aidilfitri bulan Jun Aidiladha Ogos. dan hujung Ogos Ainul berjaya capai berat 50kg

Pengalaman Diet Intermittent Fasting (IF)

So sebagai usaha nak kuruskan badan semula, Ainul try Intermittent Fasting (IF). IF ni bukanlah sejenis diet tapi hanya kawal jadual makan je. Makan secara berjadual ikut mana yang sesuai dengan badan. siapa yang suka sikit sikit nak makan IF cara paling mudah tau

1.Makan Sekali sehari OMAD

Ainul amalkan OMAD. One Meal A Day. Masa waktu makan tu Ainul memilih makan nasi. Bangi kenyang berbanding makan mee bihun roti. sebab Ainul dan suami suka makan nasi. Nasi putih sabal belacan sedapnya. Ainul suka buat 12:12 sebagai permulaan. 12 jam puasa 12jam waktu makan tapi 12jam waktu makan tu bukan la makan je kejenya. sebab ni lah Ainul pilih nasi. kenyang dan sedap puas makan. Untuk lauk Ainul makan je lauk apa apa. kari,asam pedas, masak lemak ke. takde la kukus panggang je. Ainul banyakkan sayur. Ada masa kami makan sayur je dengan protein tumbuhan macam tempe tauhu. Diet plant base. ni pun banyak kajian saintis, jurnal paper oleh pakar dan banyak kelebihan. yang ini suami banyak baca follow saintis luar negara. best tau badan rasa lebih segar. dan pada tahun 2020 KKM punya piramid makanan dah bertukar. makan banyak sayur

ini contoh nasi makan masa kenduri sepupu. nasi confem ada kan. lauk ulam. jadi diet IF ni senang nak buat. Jangan la diet sampai tak pergi kenduri sedara mara pulak.

Pengalaman Diet Intermittent Fasting (IF)

ini kalau kami makan kat kedai. suka makan banyak sayur, ulam tempe. jimat poket dan berkhasiat. jemu kadang makan ayam ikan daging. tapi bukanlah kami tak makan langung protein haiwan ye. makan je cuma kurangkan

2. Cut Sugar

Musuh utama ni yang buatkan kita craving dan pelbagai penyakit. Jadi minumn manis Ainul kurangkan. Buat ianya perlahan lahan. kalau biasa 3 kali sehari minum kurangkan ke 1 dulu. jangan paksa diri. buat ikut pace masing masing. 3 in 1 Ainul stop terus sebab ianya banyak gula kan. punca aku gemuk. sekarang dah biasa tak minum bila minum orang bagi dah rasa tak sedap.

Nescafe tarik, teh tarik kalau teringin Ainul dengan suami order 1 gelas dan kongsi berdua. lagi bagus order kopi o kosong, nescafe o kosong

3. Minum Cinch tea Mix

dalam IF kita boleh minum air kosonng dan Ainul minum air kosong cinch tea mix ni. cinch tea ni lulus untuk IF tau .Zero Sugar, Zero Calorie.

Cinch tea ni teh bukan sekadar teh biasa. Dah nama pun saintis Shaklee yang buat. Haruslah luar biasa dan superb power boleh buat ko terbeliak biji mata cergas.

Sesetengah minuman bertenaga selalu buat jantung laju tapi cinch tea elderberry ni tak. Pengalaman seorang customer yang ada palpilation, anxiety. Jantung laju. Dia minum cinch tea pagi. Rasa relax,jantung tak laju. Badan cergas.

Dalam cinch tea elderberry ada taurine

Taurine has important functions in the heart and brain. It helps support nerve growth. It might also benefit people with heart failure by lowering blood pressure and calming the nervous system~webmd.com

Jadikan Intermittent Fasting Sebagai Rutin Harian

Kita gemuk sebab lifestyle makan kita makan nak kurus sihat pun kena jadikan lifestyle. Ainul suka buat IF sebab senang untuk jadikan lifestyle. Kita manusia ada masa berat akan naik sikit, eh terpregnant, menyusu la . IF ni senang nak buat balik semula. Tak terasa tersekat, beban. enjoy je buat.

Kalau menyusu boleh ke buat IF ni kak ainul? Mesti la boleh. kak Ainul dah pencen menyusu. Korang boleh refer cara kurus ibu menyusu Farah Alina ni

3 thoughts on “Pengalaman Diet Intermittent Fasting (IF) -61kg ke 50kg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge