Semasa hamil, anda juga memberi tumpuan terhadap penjagaan payudara sebagai persiapan untuk menyusui bayi kelak. Berikut antara tip penjagaan yang boleh anda lakukan untuk tujuan ini.
- Apabila bra sudah mulai terasa sempit, tukarlah kepada bra baru yang berukuran lebih besar dan dapat memberi keselesaan kepada anda. Bra yang selesa dan tidak menimbulkan rasa sakit akan membantu sirkulasi di sekitar payudara untuk lebih mudah dalam proses penghasilan susu kerana kehamilan ini.
- Sewaktu hampir menjelang saat kelahiran, anda sudah boleh menggunakan bra penyusuan. Pilih yang sesuai dengan ukuran payudara. Ukuran yang salah boleh menyebabkan jangkitan pada kelenjar susu.
- Apabila memasuki trimester kedua hingga menjelang akhir kehamilan, amalkan memutar lembut puting payudara lebih kurang untuk tempoh 15 saat setiap sebelah sewaktu mandi. Ini bagi membantu sirkulasi di bahagian tersebut agar lebih mudah unruk anda menyusui bayi kelak.
- Pada peringkat akhir kehamilan, rajinkanlah memicit atau mengurut lembut payudara terutama di sekitar aorela dan puting untuk membantu pembukaan saluran susu.
- Elakkan membersihkan bahagian puting susu dengan sabun kerana ia boleh menyebabkan bahagian tersebut mengalami kekeringan.
source from this 🙂
yup..good for u sbb polish seme knowledge utk bfeed..
masa kite preg dulu pn last stage tu pakai bf bra..
selesa sgt..
beli bf bra kt ne? ada yg cantik2 tak mcm bra bias.tgk kalau bf bra mcm kaler tak menarik je.hihiihi
memang bra bf ni kaler x menarik,tp kene beli yg sesuai dgn saiz dn selesa dipakai..
kalo cantik tak selesa pn bagus..
bese beli bra ni kt jusco jek..
ok tq for that info.